iklan

26 March 2011

Sayangi Mereka ^_^

Mereka juga makhluk ciptaan ALLAH ^_^

Tips:mee segera


Assalammualaikum ^_^


hari nie saya nak kongsi tentang mee segera kat kawan-kawan semua.. mesti korang semua tau kan mee segera x baik untuk kesihatan...emm..tapi banyak yang masih 'gila' makan mee segera nie. sebab murah, segera, jimat, sekejap je nak sediakan.


 Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.


oleh kerana saya x makan mee segera..sebab takut akan kesannya pada masa akan datang jadi....saya nak kkongsi tips ni kat korang semua..


tips :


(1) Rebus mee dalam air mendidih.
(2) Bila mee kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan me dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.



*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mee jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mee.


Tahukah Anda ^_^
> Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mee segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu.






Pesanan Penaja : Amalkan gaya pemakanan sihat ^_^

Saya risau -_-


bila tengok gambar ni..

tiba-tiba saya jadi risau

saya ada adik pempuan sebaya ni juga

takut mereka jadi camni juga

saya ada sedara pempuan sebaya ni juga

takut mereka jadi camni juga

saya ada adik-adik junior pempuan juga

takut mereka camni juga

saya ada sedara seISLAM sebaya ini juga

takut mereka camni juga

saya jadi risau. .

banyak risau . . -_-

Esok TUTUP lampu!!!!!


oleh kerana esok adalah earth hour..harap-harap korang tutup la segala macam yang patut yah.
sama-sama la kita sayangi bumi kita dengan menunjukkan rasa sayang kita pada alam ^_^
Amaran : jangan guna LILIN. kerana lilin menyumbang kepada pemanasan global
jangan guna PELITA.takut lubang hidung korang hitam.
paling best guna je torchlight !!!!

06 March 2011

Bila rasa itu C.I.N.T.A

Assalammualaikum ^^,

kali nie fiqa nak share entry pasal cinta..ehemmm...hehe..lama x cerita pasal cinta kan renung-renungkan lah . . .

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
semua nya betul2 buat saya risau dan takut akan memberi hati pada orang yang tidak sepatutnya. tolong ingatkan saya selalu supaya tidak terleka.

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
jika tidak, maka dia bukan ditakdirkan untuk kamu. sesungguhnya seseorang itu pasti akan mendapat cintanya bila tiba masanya. sabar lah ya. 

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
situasi ini membuat kita takut untuk mencintai. apa kan daya adalah lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. tapi sekiranya cinta tidak berbalas atau cinta dikecewakan jangan la bersedih kerana ia adalah ujian untuk menguji ketabahan diri kita dalam bercinta. terima lah apa adanya kerana seseorang pasti menanti kita di suatu tempat yang kita tidak ketahui. 

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


nota conteng :: cinta yang suci adalah cinta yang diredhaiNya yakni cinta selepas kahwin

04 March 2011

Edit time boring ^^,

Assalammualaikum ^^,

hari nie aku nak kasi tunjuk hasil edit'an aku time boring2 tadi... 

taDaaaaaaaa......


nie la classmate aku yang comel2.hehe ^^,

02 March 2011

Malang x berbau

Assalammualaikum wbt. .

 23 Feb yang lepas nasib x berapa mnyebelahi aku. Sudah terjatuh terpeleot lagi,,nahhhh,,ambik kaw fiqa.
masa PJ asas bermain2 dipadang. gostan punya gostan aku jatuh terpeleot di hujung padang antara atas gelanggang dan padang yang bjarak seting lebih kurang 5 inci sahaja.

oleh kerana aku terjatuh terpeleot time gostan, effect pada kaki aku sangat la sakit gila. masa terpeleot tu tulang kaki aku berbunyi cam time mkn keropok yang rangup.hahahhaa...mak aii..sakit nya time tu..sempat lagi aku pitam.dah baring dah pun tpi masih dlm keadaan sedar namun x seimbang.....sempat gak pggil nama kwn.hahaha....

aku dah x larat dah time tu terbaring jak di atas gelanggang. 10 minit kemudian baru aku leh bangun. tapi aku xleh berdiri pun....sakit teramat kaki ku.

aku terpaksa susahkan kwn aku utk pimpin aku g astaka. abg jailin sempat sapu ubat then balut kaki aku. huhu....jalan cam org cacat...uiinaa......

keesokkan harinya aku g hospital sebab dipaksa lect.hehehe...terpaksa sungguh.....tapi aku g gak utk x-ray. lect aku risau tulang patah sebab bengkak teramat sgt kaki nie..huhu...kaki besar sebelah= lucu sungguh eh.
lepas x-ray doktor kata kaki aku xda apa2. cuma isi terkoyak sikit dan mengambil masa 3-4minggu utk sembuh. aku binggung sebab hari jumaat nie dah bertolah ke UMS utk bengkel seni tari..huhu sadis eh...

Hari keesokan nya pula.alhamdulillah kaki aku dah leh jalan pijak tanah.xperlu orang pimpin lagi dah... tapi xleh lari lah..hehe...mesti rehat smpai kaki betul2 pulih.

Hari jumaat aku dah rasa lega sikit sebab kaki aku dah leh jalan laju dah walaupun masih bengkak.
Aku budak degil..oleh kerana xnak ketinggalan mengikuti bengkel seni tari 1 Malaysia kat UMS aku ikut juga walaupun kaki masih bengkak ^^,

Kesimpulannya...aku budak PJ yang hyperaktif  n xpandai dok diam2. bila kaki dah sakit dok je tepi tgok kawan2 main kat padang..haha..nah amik kaw fiqa...hahaha . . . padan muka aku. ;p


tadaaa!!! ni la kaki org ^^

sampai hari nie pun kaki aku masih bengkak lagi..sadis sungguh..susah mow jalan time pakai kasut time kuliah..huhu...rasa nak jalan kaki ayam je. ;p

pesanan pihak penaja :: len kali jalan or main hati2.ingatlah orang tersayang ^^,

KOT IPG KAMPUS KENT 2011

Assalammualaikum wbt . . .

walaupun dah lama berlalu aku nak juga update citer pasal KOT yang baru berlalu seminggu yang lepas.hehehe

namun kekecewaan berlaku pada team kami, TUN RAZAK kerana kemenangan bertahun-tahun dirampas oleh pasukan lain..huhuuhu..tapi xpa kami tetap menang bagi keseluruhan KOT dan hanya kalah mata pada larian merentas desa sahaja. bagi kami walaupun kemenangan tidak menyebelahi kami tapi kami tetap berpuas hati dengan pencapaian KOT kali ini. Keputusan yang telah diananlisis oleh pengurus pasukan kami adalah seperti berikut  :

 TUN RAZAK   - 15 EMAS, 10 PERAK, 7 GANGSA (TEMPAT KE3)
 TUN FUAD     - 9  EMAS, 11 PERAK, 5 GANGSA (TEMPAT KE4)
 MATSALLEH   - 4  EMAS,  7 PERAK, 7 GANGSA  (TEMPAT KE2)
 RENTAP        - 6  EMAS, 6 PERAK, 14 GANGSA  (JOHAN)

KESIMPULANNYA . . . kami kalah ketika pertandingan merentas desa kerana mata yang dikumpul oleh ahli pasukan x cukup memberangsangkan. btw, aku harap thn depan korg semua lebih bersemangat utk memenangi kedua-dua acara KOT dan Merentas Desa.




Stadium Penampang


TUN RAZAK

RENTAP

MAT SALLEH

TUN FUAD

Geng Prasekolah.walaupun x sama rumah sukan kami tetap 1

cakkk!!

 Geng prasekolah kiut.hahaha


lompat-lompat

i like this pic ^^b




Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...