iklan

28 October 2011

Info :: 10 Punca yang merosakkan otak

Assalammualaikum wbt.... 
jom. fiqa nak share info...harap berguna untuk para pembaca..^_^

1. Tidak mengambil sarapan pagi :-
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan :-
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok :-
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan :-
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara :-
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur :-
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.



7. Menutup muka ketika tidur :-
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat :-
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi :-
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir :-
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Nota conteng :: admin suka makan gula secara berlebihan.ngee ^__^

Tips :: Nak Kawinn!!

Assalammualikum wbt.
hari ni fiqa nak share tips yang fiqa dpt drpd mukabuku Ustaz Azhar. Sama-sama kita renungkan.semoga dapat menjadi pandauan bersama ^_^
TIPS PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Info : FaceBook Ustaz Azhar Idrus
*Insyaallah, panduan yang berguna untuk kita melangkah ke alam perkahwinan..
Ingatlah sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.Hargailah Jodoh Anda..

Nota conteng :: hehe..bukan admin gatal nak kawen pun...

Info ::5 KESILAPAN WANITA DALAM MENJAGA KESIHATAN

 Assalammualaikum wbt...
sebelum ini fiqa ada share tentang beberapa tips dan fakta tentang wanita kan..Kali nie nak share tentang 5 kesilapan wanita dalam menjaga kesihatan pula..^__^
1. MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI
Pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabakan masalah postur, tekanan yang berlebihan pada sendi dan penyakit seperti sakit belakang,kecederaan urat. Di nasihatkan supaya menggunakan menggunakan kasut tinggi yang tidak melebihi 1.5 inci



2. MEMBAWA HAND BAG YANG BERAT
Membawa hand bag yang berat boleh membawa kepada masalah belakang yang serius dan masalah leher kerana beban yang terpaksa dipikul diatas bahu pada setiap hari. Walaupun kesannya tidak dapat dirasa sekarang tetapi dinasihatkan supaya ubah tabiat ini dengan membawa benda penting dan tukar hand bag yang lebih kecil. Takkan nak tunggu kena baru nak berubah.

3. TIDAK MENANGGALKAN SOLEKAN SEMASA TIDUR
Akibat terlalu penat, kadang-kadang wanita tertidur tanpa menanggalkan solekan pada muka. tabiat ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat akibat dari kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selan itu juga, mata boleh gata-gtal jika solekan pada mata tidak ditanggal

4. MENGGUNAKAN SAIZ BRA YANG SALAH
kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku termasuk sakit pada belakang, leher dan buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran dan juga cepat marah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli. tips ketika hendak membeli bra senang je..lakukan pergerakan2 seperti angkat tangan, berlari2(kalau nak la..haha), lompat2, pusing2 tangan, goyang2 badan..haaa..dgn cara ini fiqa pasti pengguna akan yakin dengan bra yang dipilih sama ada sesuai atau x..^_^

5. TIDAK CUKUP TIDUR
Statistik menunjukkan bahawa masalah tidur memberi kesan lebih ramai terhdap wanita daripada lelaki. Tidur boleh mempengaruhi tekanan darah wanita dan perasaan (mood) yang lebih daripada lelaki. Dinasihatkan supaya wanita mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.
 
Nota conteng :: admin tyto 3 jam je 1 hari...xcaye kann....

Info : : Hidung

Salam'alaik semua..
Hari ini fiqa akan kongsikan beberapa info tentang hidung
Tahukah anda???

♥ Fakta Menarik Mengenai Hidung: Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan menghembus nafas?hehe....jom kita selidik jap..


Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin)..*xcayelah..yeke?heh*


Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh. *Try this!! berkesan bah!!*


Jika anda merasa lelah, lakukan timbal-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali.


Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga senang sekali untuk panas, Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..


Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin.


Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.


Apakah anda ada memperhatikan ketika bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?


Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.


Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.



Pada waktu itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh..
Pada suatu malam. saya duduk bersemedi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.


 Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada efek sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?*kantoi tak suka makan ubat.ngeh!


Selalulah mencuba terapi perrnafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali.



Tahukah anda? hidung anda akan terangkat sendirinya apabila mencium bau kentut yang busyuk..hehe




Nota Conteng :: girls jgn try bernafas guna hidung  sblh kanan slalu takot tukor jantino plak..heh!
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...