iklan

22 May 2011

wanita berpurdah itu.

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat :)


selamat mnghayatinya kisah ini,barakaallahufikum :) renung2kan dan selamat beramal ^___^

Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya.


Dia berpaling kepadaku, seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.


Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid, memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata ganjil. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.


Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika kepadaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu disebalik purdah hitamnya.
"Adakah ini khayalanku sahaja?" Bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu. "Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa di hadapan, masih tak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan sehingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka...
Sebuah perkuburan lama.






Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara.

Dalam 60 langkah di antara kami, aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.




Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang, tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu.

Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.






"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik.
"Dan bawakan kuncinya."
Aku akur...





"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu.
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.
"Buanglah," ujar wanita itu sambil ketawa.
"Tadi kau tak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?"
Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir.
"Apa yang kau risaukan? Pergilah buang kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?"

Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajahnya sebenar. Bukan wajah segar seorang gadis remaja. Tapi, kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

"Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi .

"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu !
Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku...
Di dalam kuburmu.
Mari... Mari..."

Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa sehingga dia hancur menjadi debu dan lilin itu padam satu demi satu,
dan kegelapan menyelubungi suasana.



ASTAGHFIRULLAHHALADZIM...


Dalam sebuah riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilngi hidangan mereka."

Ada yang bertanya, apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?

Rasullullah s.a.w menjawab:
"Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.

Ada yang bertanya, apakah al-wahn itu wahai Rasullullah?
Jawab Baginda "Cintakan dunia dan bencikan mati."



Wallahuallam ....



nota kaki :: AC xnak jatuh perigi

17 May 2011

Patut kah saya ber'couple' : Part 2

Assalammuaalikum wbt ^____^ salam ukhuwah semua.


ok.episod ni adalah sambungan dari episod 
Patutkah saya ber'couple atau teruskan jual mahal Part 1.


Nak dijadikan cerita...sekarang saya yakin dan pasti jawapan bagi persoalan ini adalah..........(sila baca lagi)

 Patut ke ber'couple? Haram ke ber'couple? Orang lain ok je couple. ustaz ustazah pun couple. Apa la masalahnya tuh. ngeehhhh....syyyhhh..diam dlu...ce cite ce cite....Jadi skrg nak cite lah ni...antara sebab2 nape org ckp couple tu haram...

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah  yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? 
Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga  firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. 

Firman Allah,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30. 

 Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. 

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
Surah An-Nur(24) ayat 31.

 Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5 di sekolah-sekolah yang mengambil matapelajaran Pendidikan agama Islam. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam 

Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. 

Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM!
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Boleh nampak di situ?? sebab-sebab nya..."ek eleh..ko pun pernah couple.hipokrit la ko ni fiqa...boleh blah la" ek eleh..ok..tu time dulu2..jahil giler..sekarang dah insaf.xpandang dah ok.jadi ko diam ye..  So.....kalau dah xleh couple nak wat camna lahtu. Boring giler..loooo....ok ni jawapannya...

Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. 
Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. 

Firman Allah,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. 

Firman Allah,
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” 
Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. 

Firman Allah, 
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah Al-A’raf ayat 201.

Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22,
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang  paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam 

Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. 

Firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. "
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, 
Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.
 Ingatlah Allah berfirman dalam

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,
”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah " HARAM ". Wallahua’lam..

Kesimpulannya, saya ambil jalan selamat yang diredhai....no couple before akad....insyaallah.. 
So, renung-renungkan dan selamat beramal ^____^


nota kaki  :: xsabo nak kawin...ngeee...gatai...^___^

05 May 2011

Cinta Qalisha - Part 1

Cinta Qalisha
Karya : Dayang Nurshafiqa Binti Abang Ahmad

“Pang!” Qalisha jatuh terduduk ditampar ayahnya.
“Engkau ni dah tak ingat dosa ke? Kau jatuhkan air muka aku. Kurang ajar!”
Sekali lagi Qalisha mendapat penampar dari ayahnya. Qalisha terduduk tidak berdaya lagi untuk berdiri. Ibunya pula hanya mampu menitiskan air mata melihat Qalisha ditampar tanpa mampu membuat apa-apa.

*         *         *        *

Qalisha Ariella Binti Qashir Arshad, anak bongsu dalam lapan adik beradik itu dan anak kepada seorang usahawan yang berjaya di Sarawak. Qalisha seorang yang manja dalam keluarganya.  Paras rupanya yang cantik, kulitnya pulih melepak,matanya yang bulat dan mempunyai tubuh badan yang ideal boleh membuat mana-mana mata yang memandang terpesona.
Setelah habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Qalisha hanya duduk di rumah melakukan kerja-kerja rumah yang akhirnya menyebabkan dia bosan.  Qalisha mula terjebak dengan aktiviti sosial bersama rakan-rakannya. Namun, ibu bapa Qalisha tidak tahu aktiviti harian Qalisha kerana mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.  Ayahnya, sibuk menguruskan bisnes milik keluarganya di bandar . Manakala ibunya pula jarang berada di rumah kerana outstation untuk menghadiri mesyuarat atau kursus. Qalisha keluar hampir setiap hari bersama rakan-rakannya dan kadang-kadang dia akan balik lewat malam.

*          *          *          *
“Hai, im Azhar, Azhar Ashari and you?”
Seorang jejaka tinggi lampai bertubuh sasa menyapa Qalisha ketika mereka sedang duduk di Sibu Time Square bersama rakan-rakannya. Qalisha memerhati tubuh lelaki itu dari hujung rambut ke hujung kaki.’Hurm, hensem juga’. Hatinya berbisik.Alis matanya hitam menambah karisma pada wajah lelaki itu. Qalisha terpesona. Namun Qalisha tidak akan pernah mengalah hanya melihat pada paras rupa Azhar yang boleh dikategorikan sebagai kacak itu. Dia terfikir untuk mengenakan lelaki itu sama seperti dia mengenakan lelaki-lelaki lain sebelum ini. Dari segi pakaiannya pula, Qalisha mengagak Azhar seorang dari golongan yang berada.
“Hai. Im Qalisha. Ada apa encik?”
“Eh, tak payahlah panggil I encik. Just call me Azhar. I tadi lalu sini so I singgah la sekejap. Sebelum ni pun I selalu lihat you all lepak kat sini.”
“I macam pernah lihat you sebelum ni tapi not sure lah dimana.” Kawan Qalisha, Mimi menyampuk.
“Oh,i kerja kat kawasan sini je. Kat tingkat paling atas Sibu Times Square ni. Just tolong ayah I kat syarikat dia. So, ok lah. I rasa I kena pergi sekarang. Nice to know you all. Harap leh jumpa lagi lepas ni. Bye.”
Azhar berlalu pergi meninggalkan mereka sambil menoleh ke arah Qalisha dan mengelipkan matanya. Qalisha tersenyum.
“Oi! yang kau tersengih-sengih ni apesal,mereng dah ke?”
“Suka hati lah aku nak sengih-sengih ke, mereng ke. Siibuk je lah kau ni Lisa”
“Kau jangan bagitahu aku yang kau ada rancangan baru untuk mangsa baru kau ni”
Qalisha terus bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Mimi dan Lisa dengan tanda Tanya.
“Makin pelik kawan kita ni, Mimi. Baik kau nasihat awal-awal,nanti takut dia tersalah langkah. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga babe.”
“Hurm..kita tunggu dan lihat saja lah apa yang akan Qalisha buat dengan lelaki tu. Well, ini lah dinamakan permainan hidup, Lisa. Dah. jom blah.

*          *         *         *
Honey,malam ni I jemput you kira-kira jam lapan ya , get ready awal. I nak you pakai dress yang I bagi tu.I nak bawa you pergi ke tempat istimewa malam ni.
“Ok sayang.” Sahut Qalisha sambil tersenyum sendiri selepas Azhar mematikan talian.
Lantas Qalisha membelek-belek pakaian yang diberikan oleh. Cantik.Tapi agak seksi, terdedah di bahagian dada dan belakang. ‘ Ah, takpa lah.Janji cantik’ bisik hatinya.
“Pon! Pon!”
Qalisha menjenguk ke luar tingkap. Azhar.  Qalisha lantas mengapai beg tangannya dan sekali lagi dia melihat dirinya di cermin bagi memastikan dirinya kelihatan cantik.
“Hai, sayang.”
Qalisha memberikan jelingan manja pada Azhar. Lalu, Azhar memberikan ciuman di pipi gadis idamannya itu. Qalisha tersipu malu,
You nampak cantik sangat malam ni honey.”
“Thanks sayang
“Mama dan papa you ada di rumah ke tadi?”
“Takde. I sorang je kat rumah. Mama and papa pergi Bali semalam. Ada seminar bisnes.”
“Jadi, you ada beritahu siapa-siapa tak, you keluar dengan I ni?”
“Tak. I malas nak beritahu siapa-siapa. Tak penting pun.”
“Okey,kita dah sampai ni honey.Jom”
Azhar membawa Qalisha ke sebuah taman bunga yang dipenuhi cahaya lampu berwarna-warni. Qalisha ternampak sebuah meja yang telah sedia dengan makanan dan minuman.
“Wow, cantik lah. Macam mana you buat semua ni.”
I upah orang la honey. Tak kan I nak buat sendiri pula.”
Qalisha hanya tersenyum mendengar jawapan Azhar itu. Lagipun dia tak kisah sangat siapa yang buat semua ni.Janji enjoy. Bisik hatinya.
“Lepas makan ni, I nak ajak you jalan-jalan,ok.”
“Kita nak jalan ke mana?”
“Adalah. You tengok je nanti. Mesti you terkejut.”
Selesai menjamah makan malam, Qalisha berasa kepalanya pening dan terasa ingin pitam. Pandangannya kabur. Gelap.
*              *             *             *
“Errggghhh..sakitnya kepala aku. Eh,aku dimana sekarang ni? Ha!! Azhar?!”
Qalisha terkejut kerana melihat Azhar berbaring disebelahnya tanpa seutas benang pun. Qalisha teringat bahawa malam tadi dia pitam kerana pening kepala. Sampai hati Azhar melakukan perkara ini kepadanya. Dia patut tahu dari awal lagi niat jahat Azhar kepadanya.  Sebelum ini dia pernah merancang untuk mengenakan Azhar seperti mana dia mengenakan teman lelakinya yang dahulu. Qalisha menyesal. Kali ini dia tersungkur. Maruahnya tergadai. Badannya menjadi taruhan. Tanpa disedari air mata Qalisha menitis di pipi. Qalisha ingin segera pulang ke rumahnya. Lantas dia menarik selimut untuk menutup tubuhnya dan terus pergi ke bilik mandi serta mencapai bajunya di atas lantai. Qalisha terus berlari menuju ke pintu keluar bilik hotel itu. Dilihatnya di atas katil, Azhar telah tiada.
You cepat-cepat ni nak pergi mana. Sabarlah dulu sayang. I betul puas lagi menikmati malam ini dengan you. “
Azhar duduk di sofa bersebelahan dengan pintu.Di tangannya ada kunci bilik hotel tersebut.
‘Bedebah kau Azhar.Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?!”
“Apa salah you?? Hurmm…biar I fikir dulu. Ha..I dah ingat. You ingat tak Azrul? Ingat tak??!”
Azhar bangun dari sofa dan menuju ke arah Qalisha. Lantas dia menggenggam rambut Qalisha sekuat hati.Sehingga Qalisha mengerang kesakitan.
“Argghhh.sakitlah bedebah.”
“Kau ingat tak?!”
“Ya. Aku ingat. Apa kaitan kau dengan dia.”
“Kau tahu tak dia tu adik aku. Lelaki yang kau jadikan mangsa kau dulu, adik aku!!! Kau faham!! Kau tahu tak apa dia rasa. Dia seorang lelaki yang baik. Tak sepatutnya kau buat dia macam tu. Kau bagi adik aku untuk jadi pemuas nafsu kawan-kawan bohsia kau kan. Kau ingat aku tak tahu.”
“Ma..mana kau tahu semua ni. Azrul dah meninggal kan? Siapa yang bagitahu kau?.”
“Kau ingat aku tak boleh siasat semua tu. Aku balik dari Australia pun sebab aku dapat berita kematian adik aku. Kau kejam. Sekarang aku akan balas balik perbuatan kau. Kau tengok lah nanti ada lagi kejutan untuk kau, perempuan sial!.”

*          *           *           *
“Apa nak jadi dengan kau ni Qalisha. Tak cukup ka apa yang papa dan mama bagi kau selama ni. Kami manjakan kau. Bagi apa kau nak. Ini balasan Qalisha bagi kat papa dan mama. Ni!! Lelaki mana dengan kau tidur ni. Ada orang hantar gambar ni kat email papa pagi tadi. Baik kau jawab sebelum aku terajang kau Qalisha. Kau tahu tak sekarang gambar kau tersebar kat henfon dan email kawan-kawan papa. Papa malu kau tahu. Malu!!!!!”
Ayah Qalisha memandang ke arah Qalisha dengan pandangan yang tajam. Menuggu jawapan dari mulut anak kesayangannya itu.
“Papa!! Ampunkan Qalisha,pa. Qalisha tertipu, pa. Semua ini helah dia papa. Percaya lah pada Qalisha. Bukan niat Qalisha buat semua ni. Qalisha terpedaya. Ampunkan Qalisha pa, ma.”
Qalisha menangis semahu-mahunya kerana penyesalannya yang terlampau amat. Mama datang mendekati Qalisha dan memeluknya erat. Mengusap-usap kepala anak emasnya itu.
“Selepas hari ini, kau jangan keluar dari rumah ni tanpa kebenaran papa dan jangan jumpa kawan-kawan kau yang tak senonoh tu lagi. Kalau tak kerana kawan-kawan kau,kau tak akan jadi macam ni. Semua ni salah kau sendiri yang tak pandai nak jaga diri, lupa semua pesan papa.Sekarang kau tahu dah akibatnya. Jadi, kau ambik lah pengajaran ni untuk masa akan datang.”
“Janji pada papa dan mama yang Qalisha tak akan ulangi lagi perbuatan Qalisha ni lagi. Janji yang Qalisha tak akan engkar pada papa dan mama lagi,ya nak.”
Ada nada pilu pada suara papanya. Tangisan Qalisha semakin kuat. Dia pergi mencapai tangan papanya dan mencium tangan papanya dan memohon ampun. Begitu juga mamanya. Mereka bertiga berpelukan kepiluan.

*            *            *            *

bersambung........
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...