28 October 2011
Info :: 10 Punca yang merosakkan otak
Assalammualaikum wbt.... jom. fiqa nak share info...harap berguna untuk para pembaca..^_^
Tips :: Nak Kawinn!!
Assalammualikum wbt.
hari ni fiqa nak share tips yang fiqa dpt drpd mukabuku Ustaz Azhar. Sama-sama kita renungkan.semoga dapat menjadi pandauan bersama ^_^
TIPS PERKAHWINAN
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Info : FaceBook Ustaz Azhar Idrus
*Insyaallah, panduan yang berguna untuk kita melangkah ke alam perkahwinan..
Ingatlah sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.Hargailah Jodoh Anda..
Nota conteng :: hehe..bukan admin gatal nak kawen pun...
Info ::5 KESILAPAN WANITA DALAM MENJAGA KESIHATAN
Assalammualaikum wbt...
sebelum ini fiqa ada share tentang beberapa tips dan fakta tentang wanita kan..Kali nie nak share tentang 5 kesilapan wanita dalam menjaga kesihatan pula..^__^
1. MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI
Pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabakan masalah postur, tekanan yang berlebihan pada sendi dan penyakit seperti sakit belakang,kecederaan urat. Di nasihatkan supaya menggunakan menggunakan kasut tinggi yang tidak melebihi 1.5 inci
2. MEMBAWA HAND BAG YANG BERAT
Membawa hand bag yang berat boleh membawa kepada masalah belakang yang serius dan masalah leher kerana beban yang terpaksa dipikul diatas bahu pada setiap hari. Walaupun kesannya tidak dapat dirasa sekarang tetapi dinasihatkan supaya ubah tabiat ini dengan membawa benda penting dan tukar hand bag yang lebih kecil. Takkan nak tunggu kena baru nak berubah.
3. TIDAK MENANGGALKAN SOLEKAN SEMASA TIDUR
Akibat terlalu penat, kadang-kadang wanita tertidur tanpa menanggalkan solekan pada muka. tabiat ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat akibat dari kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selan itu juga, mata boleh gata-gtal jika solekan pada mata tidak ditanggal
4. MENGGUNAKAN SAIZ BRA YANG SALAH
kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku termasuk sakit pada belakang, leher dan buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran dan juga cepat marah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli. tips ketika hendak membeli bra senang je..lakukan pergerakan2 seperti angkat tangan, berlari2(kalau nak la..haha), lompat2, pusing2 tangan, goyang2 badan..haaa..dgn cara ini fiqa pasti pengguna akan yakin dengan bra yang dipilih sama ada sesuai atau x..^_^
5. TIDAK CUKUP TIDUR
Statistik menunjukkan bahawa masalah tidur memberi kesan lebih ramai terhdap wanita daripada lelaki. Tidur boleh mempengaruhi tekanan darah wanita dan perasaan (mood) yang lebih daripada lelaki. Dinasihatkan supaya wanita mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.
Nota conteng :: admin tyto 3 jam je 1 hari...xcaye kann....
Info : : Hidung
Hari ini fiqa akan kongsikan beberapa info tentang hidung
Tahukah anda???
♥ Fakta Menarik Mengenai Hidung: Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan menghembus nafas?hehe....jom kita selidik jap..
Subscribe to:
Posts (Atom)