iklan

28 January 2011

Happy Chinese New Year A.K.A Gong Xi Fa Chai


As the holiday is coming, i want to wish happy holiday and happy chinese new year to all my friends and my grandparents that celebrate chinese new year. 

Saya pun sambut ok!hahaha....kamu jak xtau.naaa...tapi sori la xda limau ek. no money no talk! haha. 

saya suka makan limau mandrin time CNY. selalu makan makan makan je.sebab dapat banyak limau kalau kat rumah.  rindu nak makan limau byk2. hahaha....xpa la ...tahun ni saya escape jak makan limau.  btw Mr.Soh n Ms.Loi (Pensyarah P.Muzik) dh bagi 2biji limau haritu. Syukur lah nak.haha


Gong Xi Fa Chai lagi t0o my ipo n akong. nak angpau..!!.......tapi orang jauh bah nie.wuwuuu
dulu....dapat angpau masa g umah saudara tapi tahun nie x.wuwuuu....




kalau kat umah dapat tengok tarian singa tiap-tiap tahun. singa menari di sekitar kawasan kediaman kami kutip angpau. seronok juga. tung tung tung tung tung ceyy...haha..ada mercun lagi.haha.tapi tahun nie x dapat tengok.haha...faham-faham la.orang dah la jauh di perantauan nie. xdapat balik kampung.


Chill Out!!

Patut kah saya ber'couple' ? Part 1

Masa muda-muda dulu saya selalu menonton filem melayu mahupun filem asing di televisyen. Dan dalam filem-filem itu saya nampak banyak kali 'couple' yang bercinta sebelum kahwin. Dulu, saya pernah terfikir perlukah orang dewasa 'itu' bercouple sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Amboi. kecil-kecil dah fikir benda camni ye..bukan gatal yer.tapi saya nie jenis yang suka nak tahu semua perkara. kadang-kadang macam bahaya sikit 'kesukaan' saya ni kan. Tapi alhamdulillah masih dalam kawalan. Tapi naluri kanak-kanak saya masa tu sangat la tidak selesa kerana terpaksa menonton walaupun xmahu kan. Yalah, astro kan macam-macam ada.^^

jikalau cerita pasal bercouple atau berkasih sayang nie memang saya bingung sikit.kadang kala bingung banyak pula.haha..

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum kahwin?? entah la. kadang-kadang saya fikir macam tak perlu, kadang-kadang fikir macam perlu kot. Jadi apa sebab nya saya berkata begitu.emmm..nantilah..ok b4 tu sy nak definisikan dulu mksud ber'couple ni dgn lebih jelas lagi supaya anda..anda..anda jelas,ok!

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya. Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

will be continue . . . .
nantikan jawapan bagi persoalan ini -__-
sebab dah lewat malam.esok la sambung citer.^^




Selamat Datang Ke Dunia Kepimpinan!


Assalammualaikum wbt ~

Peace no war again from me. . .

Pada entry kali ini saya ingin mengetengahkan isu tentang DUNIA KEPIMPINAN. seperti yang kita semua tahu dunia kepimpinan  dipenuhi dengan pelbagai  cabaran. Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah sahsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah generasi cemerlang.Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain. 

Daripada pembacaan saya beberapa hari yang lalu, saya telah menggariskan beberapa point yang harus dititikberatkan untuk menjadi pemimpin cemerlang. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkalibel :-

  • Pemimpin Berilmu
          Ilmu memainkan peranan penting dalam melahirkan pemimpin yang unggul. Persoalannya, adakah sama pemimpin yang berilmu dan pemimpin yang tidak berilmu?  Tanpa ilmu pemimpin itu akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung yang hanya memimpin setelah diarahkan oleh orang lain. Jadi, bagi mengelakkan pemimpin kita berada sekandang dengan lembu-lembu yang dicucuk hidungnya , ini kita haruslah bijak dalam memilih pemimpin kerana seorang  pemimpin yang berilmu pasti mendapat  kepercayaan masyarakat untuk menangani sebarang masalah yang menimpa. ^^
  • Pemimpin Sebagai Idola
          Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat. chewah..haha.Seorang pemimpin yang bijak bercakap tidak semestinya boleh melakukannya secara praktikal. Oleh itu, di samping bijak 'berbahasa'dan pandai 'mentazkirah' orang lain, pemimpin harus  mengamalkan apa yang dikata. Seperti kata-kata 'cakap serupa bikin'. Contoh melalui tauladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Jika elok acuan maka eloklah kuihnya, jika rosak acuan kuih maka tidak terbentuklah kuih seperti yang diingini. 
  • Sanggup Menghadapi Tribulasi Untuk Mencapai Matlamat
          Seperti yang kita semua tahu, setiap manusia akan diuji. Tatkala seorang pemimpin itu diuji, sama ada berjaya atau gagal adalah  ditentukan oleh kekuatan asas yang terpasak dalam diri seseorang.Mereka yang lemah dari sudut material dan rohani terutamanya pasti akan tewas dengan mudah dan jatuh tersungkur ketika menghadapi saat-saat tegang mereka.Seorang pemimpin juga bukan hanya memimpin mengikut kemahuan nya sahaja tetapi seorang pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyatnya akan mengambil kira kemahuan yang telah disuarakan oleh rakyatnya. Dengan mengambil point tersebut, seorang pemimpin itu akan dapat menghadapi tribulasi yang dihadapinya dalam mencapai matlamat sebagai seorang pemimpin yang berkesan.

Ketiga-tiga faktor di atas bakal melayakkan kita menerajui negara bahkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menjadi polis dunia menggantikan Amerika yang mengaku berjaya memimpin dunia ke arah keamanan tetapi sebenarnya ke arah kemusnahan. Pemimpin dunia abad akan datang wajar diwarisi oleh pemimpin yang akan 'meneutralkan' dunia sebelum menjadi padang jarak padang terkukur. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencipta seorang pemimpin yang tulen sebagaimana yang pernah diciptakan oleh 'tokoh-tokoh' yang terdahulu. 

Wallahu a’lam.

will be continue . . . insyaallah . .

by me, Aku Conteng.




Anda juga boleh merujuk di sini untuk bacaan lebih tentang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.





23 January 2011

Imbas kembali Sem 1

Assalammualaikum ^^


saje nak post entry pasal sem1 dulu.rindu sgt saat tu. so nak share video kiteorg ngn kwn2 yek. Enjoy!!



22 January 2011

Tips :: 20 cara buat ro0mate anda GILA!!


Kali nie fiqa nak selitkan sedikit tips untuk kawan-kawan yang teringin bilik single SELAMANYA. korang leh try cara nie. berjaya dan berhasil. ^^

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap &tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


**kalo ro0mate ko dah xtahan lagi.konfem hari seterusnya dia akan lapor kat warden n minta pindah bilik. sebab x tahan ngan ro0mate giler cmtu.hahaha... selamat mencuba ya ^^

Sekian ^^
credit to : rakan fb

A big Hug Thanks

 Assalammualikum ~


First of all i want to thanks kak Lizah for tagging me in the facebook thats she love my blog.hahaha
how funny is that. someone love my blog.aawww.. ^^


btw . . thanks ya kak Lizah and all my follower ^^ love u all to0
thanks for being my supporter ^^


kak lizah says . . . 

21 January 2011

New born cousin ^^

Nur Salsabila binti Harun







ummi cakap nama salsabilla bermaksud perigi syurga..semoga salsa menjadi seorang pejuang Islam yang sejati dalam menegakkan agama tercinta^_^ amin. Muahh. . .

Fiqa's Story I

Assalammualaikum wbt ~


Seperti biasa hari jumaat
waktu kuliah singkat
tak bertingkat-tingkat.
selesai bermorfologi di bilik kuliah
waktu senggang bermula
suasana riuh bertandang
rasa nak lempang ^^ [haha]


sedang lengang mata pena melayang
kerna lensa mengepung mereka
berdiri penuh gaya
memakai blazer JPP baru dari kelas kami
nak tunjuk lawa la konon
tapi tak apa la
pinjam jap ya
haha. .


_________________________

me n kak lizah


me n farah


the boys


*p/s ::
Sekalung tahniah buat
classmate Fiqa yang berjaya dilantik menjadi JPP bagi sesi 2011/2012 ini


Abidin Bin Madde
Exco Tugas-tugas Khas
PPISMP PRA Sekolah 2010


harap u menjalankan tugas dengan baik dan menaikkan nama baik kelas kita keyh geng.




Sekian ^^

11 January 2011

FACEBOOK will end on March !!!

Sebuah laman web, Weekly World News (WWN) telah menerbitkan sebuah laporan mengenai penutupan Facebook pada 15hb Mac nanti. Mark Zuckerberg mengatakan beliau amat tertekan mengurus Facebook dan mahukan kehidupan seperti dahulu (sebelum sibuk).
Sebahagian berita itu adalah seperti berikut:

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”


Namun, berita ini hanya bohong semata-mata di mana laman web itu adalah milik sebuah akhbar tabloid yang banyak mencipta isu-isu dan berita sensasi. Kiranya, cerita rekaan.
Jika difikirkan secara logik dan fakta, laman FB tidak mudah ditutup begitu sahaja kerana:
1. Tiada pengumuman rasmi oleh pihak Facebook seperti melalui blog mereka. Ini adalah saluran paling rasmi dan boleh dipercayai.
2. FB bukan hanya milik Mark sahaja, tetapi beliau juga mempunyai rakan-rakan niaga dan juga pelabur (funder). Untuk menutup perniagaan FB, Mark perlu mendapat persetujuan daripada semua pihak tersebut. Malah perlu melalui proses undang-undang yang panjang. Ia tidak semudah itu kerana keputusan bukan hanya di tangan Mark sahaja.
3. Jika Mark mahu berhenti daripada tekanan kerja, beliau tidak perlu menutup FB, sebaliknya hanya cukup menarik diri (meletak jawatan) dari Facebook. Kemudian tetap mempunyai Share (pegangan saham) di mana walaupun beliau tidak bekerja, beliau tetap akan mendapat berjuta-juta USD.
4. Perniagaan Facebook bernilai billion ringgit (USD). Mana mungkin bisnes ini ditutup begitu sahaja. Jadi ia tidak perlu ditutup, sebaliknya pegangan saham oleh Mark boleh dijual atau dikurangkan jika benar dirinya tidak mahu melibatkan diri lagi.
Pelajaran: Elakkan diri mudah mempercayai berita daripada sumber ketiga, lagi-lagi pihak itu tiadakredibiliti. Dalam kes ini, pihak WWN adalah tidak kredibel kerana mereka memang suka mereka-reka cerita sensasi.



09 January 2011

Happy New Year 2011

Assalammualaikum ^^


walaupun dah beberapa hari berlalu namun semangat tahun baru masih menyala-nyala. so, belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Azam baru pasti terpahat dihati, yang tinggal hanya usaha yang gigih jer untuk mencapai matlamat tahun baru.

Bermulanya tahun baru bermakna bermulanya perjalanan baru. Bermulanya semester baru iaitu semester ke 2. Bermulanya hidup ku yang berwarna warni. ^^ 









Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...