iklan

Showing posts with label conteng. Show all posts
Showing posts with label conteng. Show all posts

20 December 2011

Sorry to say

Assalammualaikum wbt...
Keifa Halukum ^^

Fikir-fikir . . . .-.-

Hari ni terkeluar la topik pasal blogger atau facebooker yang ala2 emo gitu......ceritanya begini...

ada yang kata hipokrit.."eleh..dalam facebook je nampak alim, g pekan dok pakai seluar pendek segala"...ada yang kata "yeke islamik sangat.kata couple haram la..mesti tutup aurat la..tapi dalam post ada gak post yang mengayat perempuan post gambo main bola pakai suar pendek...grr".....




Back to the topic..Sebenarnya kita tak leh salahkan orang-orang yang punya blog Islamik tapi tak berapa nak Islamik..pastu punya facebook post segala-mala Islamik tapi tak berapa nak Islamik pun... In fact, sepatutnya kita bagi la nasihat yang membina dan yang berkualiti sikit...Walaupun kita memang tak Islamik mana pun. Kita kan Islam..Islam is one right? Sometimes kita takleh nak salahkan dorang for being wrong padahal kita tak menegur dorang dengan cara yang betul..Is it right when u just scold people then they just say ok with u...of cos la no...tak da sapa leh terima teguran dengan cara yang teruk...Why dont we give a chance...sedangkan Allah lagi mengampunkan makhluknya..apalagi kita ni hanya hamba Allah yang serba kekurangan..=.= fikir-fikir lah bila kita nak marah orang...hati-hati sebab Allah nampak kita..Beware!!hohoho...


p/s : saya pun tak seIslamik mana..saya bukan aliran agama, bukan juga ustazah, saya bukan anak ustaz, bukan juga aliran bahasa arab, apalagi  ustazah pilihan..tapi setiap makhluk dimuka bumi ini punya tanggungjawab untuk menyampaikan dakwahnya.....saya mungkin tak pandai dalam berkata-kata untuk menyampaikan dakwah..tapi mungkin dengan cara lain saya boleh..Yakin boleh!hehe

Sabda Rasulullah SAW :
Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat


 *Entry nie xditujukan buat sesape pun..cuma terfikir dalam kepala otak --, hihi...

17 May 2011

Patut kah saya ber'couple' : Part 2

Assalammuaalikum wbt ^____^ salam ukhuwah semua.


ok.episod ni adalah sambungan dari episod 
Patutkah saya ber'couple atau teruskan jual mahal Part 1.


Nak dijadikan cerita...sekarang saya yakin dan pasti jawapan bagi persoalan ini adalah..........(sila baca lagi)

 Patut ke ber'couple? Haram ke ber'couple? Orang lain ok je couple. ustaz ustazah pun couple. Apa la masalahnya tuh. ngeehhhh....syyyhhh..diam dlu...ce cite ce cite....Jadi skrg nak cite lah ni...antara sebab2 nape org ckp couple tu haram...

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah  yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? 
Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga  firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. 

Firman Allah,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur(24) ayat 30. 

 Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. 

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”
Surah An-Nur(24) ayat 31.

 Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5 di sekolah-sekolah yang mengambil matapelajaran Pendidikan agama Islam. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam 

Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. 

Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM!
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Boleh nampak di situ?? sebab-sebab nya..."ek eleh..ko pun pernah couple.hipokrit la ko ni fiqa...boleh blah la" ek eleh..ok..tu time dulu2..jahil giler..sekarang dah insaf.xpandang dah ok.jadi ko diam ye..  So.....kalau dah xleh couple nak wat camna lahtu. Boring giler..loooo....ok ni jawapannya...

Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. 
Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. 

Firman Allah,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. 

Firman Allah,
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” 
Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. 

Firman Allah, 
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah Al-A’raf ayat 201.

Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22,
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang  paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam 

Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. 

Firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. "
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, 
Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.
 Ingatlah Allah berfirman dalam

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,
”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah " HARAM ". Wallahua’lam..

Kesimpulannya, saya ambil jalan selamat yang diredhai....no couple before akad....insyaallah.. 
So, renung-renungkan dan selamat beramal ^____^


nota kaki  :: xsabo nak kawin...ngeee...gatai...^___^

07 April 2011

Kejam..guru kah ini??

Cikgu ambil nyawa
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.
KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.



**_______________________________________________others version




ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.





nota conteng : jangan jadi cikgu kalo nak belasah.p jadi peninju sana..eeeiihhh

26 March 2011

Sayangi Mereka ^_^

Mereka juga makhluk ciptaan ALLAH ^_^

Saya risau -_-


bila tengok gambar ni..

tiba-tiba saya jadi risau

saya ada adik pempuan sebaya ni juga

takut mereka jadi camni juga

saya ada sedara pempuan sebaya ni juga

takut mereka jadi camni juga

saya ada adik-adik junior pempuan juga

takut mereka camni juga

saya ada sedara seISLAM sebaya ini juga

takut mereka camni juga

saya jadi risau. .

banyak risau . . -_-

Esok TUTUP lampu!!!!!


oleh kerana esok adalah earth hour..harap-harap korang tutup la segala macam yang patut yah.
sama-sama la kita sayangi bumi kita dengan menunjukkan rasa sayang kita pada alam ^_^
Amaran : jangan guna LILIN. kerana lilin menyumbang kepada pemanasan global
jangan guna PELITA.takut lubang hidung korang hitam.
paling best guna je torchlight !!!!

06 March 2011

Bila rasa itu C.I.N.T.A

Assalammualaikum ^^,

kali nie fiqa nak share entry pasal cinta..ehemmm...hehe..lama x cerita pasal cinta kan renung-renungkan lah . . .

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
semua nya betul2 buat saya risau dan takut akan memberi hati pada orang yang tidak sepatutnya. tolong ingatkan saya selalu supaya tidak terleka.

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
jika tidak, maka dia bukan ditakdirkan untuk kamu. sesungguhnya seseorang itu pasti akan mendapat cintanya bila tiba masanya. sabar lah ya. 

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
situasi ini membuat kita takut untuk mencintai. apa kan daya adalah lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. tapi sekiranya cinta tidak berbalas atau cinta dikecewakan jangan la bersedih kerana ia adalah ujian untuk menguji ketabahan diri kita dalam bercinta. terima lah apa adanya kerana seseorang pasti menanti kita di suatu tempat yang kita tidak ketahui. 

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


nota conteng :: cinta yang suci adalah cinta yang diredhaiNya yakni cinta selepas kahwin

04 March 2011

Edit time boring ^^,

Assalammualaikum ^^,

hari nie aku nak kasi tunjuk hasil edit'an aku time boring2 tadi... 

taDaaaaaaaa......


nie la classmate aku yang comel2.hehe ^^,

02 March 2011

Malang x berbau

Assalammualaikum wbt. .

 23 Feb yang lepas nasib x berapa mnyebelahi aku. Sudah terjatuh terpeleot lagi,,nahhhh,,ambik kaw fiqa.
masa PJ asas bermain2 dipadang. gostan punya gostan aku jatuh terpeleot di hujung padang antara atas gelanggang dan padang yang bjarak seting lebih kurang 5 inci sahaja.

oleh kerana aku terjatuh terpeleot time gostan, effect pada kaki aku sangat la sakit gila. masa terpeleot tu tulang kaki aku berbunyi cam time mkn keropok yang rangup.hahahhaa...mak aii..sakit nya time tu..sempat lagi aku pitam.dah baring dah pun tpi masih dlm keadaan sedar namun x seimbang.....sempat gak pggil nama kwn.hahaha....

aku dah x larat dah time tu terbaring jak di atas gelanggang. 10 minit kemudian baru aku leh bangun. tapi aku xleh berdiri pun....sakit teramat kaki ku.

aku terpaksa susahkan kwn aku utk pimpin aku g astaka. abg jailin sempat sapu ubat then balut kaki aku. huhu....jalan cam org cacat...uiinaa......

keesokkan harinya aku g hospital sebab dipaksa lect.hehehe...terpaksa sungguh.....tapi aku g gak utk x-ray. lect aku risau tulang patah sebab bengkak teramat sgt kaki nie..huhu...kaki besar sebelah= lucu sungguh eh.
lepas x-ray doktor kata kaki aku xda apa2. cuma isi terkoyak sikit dan mengambil masa 3-4minggu utk sembuh. aku binggung sebab hari jumaat nie dah bertolah ke UMS utk bengkel seni tari..huhu sadis eh...

Hari keesokan nya pula.alhamdulillah kaki aku dah leh jalan pijak tanah.xperlu orang pimpin lagi dah... tapi xleh lari lah..hehe...mesti rehat smpai kaki betul2 pulih.

Hari jumaat aku dah rasa lega sikit sebab kaki aku dah leh jalan laju dah walaupun masih bengkak.
Aku budak degil..oleh kerana xnak ketinggalan mengikuti bengkel seni tari 1 Malaysia kat UMS aku ikut juga walaupun kaki masih bengkak ^^,

Kesimpulannya...aku budak PJ yang hyperaktif  n xpandai dok diam2. bila kaki dah sakit dok je tepi tgok kawan2 main kat padang..haha..nah amik kaw fiqa...hahaha . . . padan muka aku. ;p


tadaaa!!! ni la kaki org ^^

sampai hari nie pun kaki aku masih bengkak lagi..sadis sungguh..susah mow jalan time pakai kasut time kuliah..huhu...rasa nak jalan kaki ayam je. ;p

pesanan pihak penaja :: len kali jalan or main hati2.ingatlah orang tersayang ^^,

KOT IPG KAMPUS KENT 2011

Assalammualaikum wbt . . .

walaupun dah lama berlalu aku nak juga update citer pasal KOT yang baru berlalu seminggu yang lepas.hehehe

namun kekecewaan berlaku pada team kami, TUN RAZAK kerana kemenangan bertahun-tahun dirampas oleh pasukan lain..huhuuhu..tapi xpa kami tetap menang bagi keseluruhan KOT dan hanya kalah mata pada larian merentas desa sahaja. bagi kami walaupun kemenangan tidak menyebelahi kami tapi kami tetap berpuas hati dengan pencapaian KOT kali ini. Keputusan yang telah diananlisis oleh pengurus pasukan kami adalah seperti berikut  :

 TUN RAZAK   - 15 EMAS, 10 PERAK, 7 GANGSA (TEMPAT KE3)
 TUN FUAD     - 9  EMAS, 11 PERAK, 5 GANGSA (TEMPAT KE4)
 MATSALLEH   - 4  EMAS,  7 PERAK, 7 GANGSA  (TEMPAT KE2)
 RENTAP        - 6  EMAS, 6 PERAK, 14 GANGSA  (JOHAN)

KESIMPULANNYA . . . kami kalah ketika pertandingan merentas desa kerana mata yang dikumpul oleh ahli pasukan x cukup memberangsangkan. btw, aku harap thn depan korg semua lebih bersemangat utk memenangi kedua-dua acara KOT dan Merentas Desa.




Stadium Penampang


TUN RAZAK

RENTAP

MAT SALLEH

TUN FUAD

Geng Prasekolah.walaupun x sama rumah sukan kami tetap 1

cakkk!!

 Geng prasekolah kiut.hahaha


lompat-lompat

i like this pic ^^b




12 February 2011

TUN RAZAK!! TUN RAZAK!!

Assalammualaikum ^^

esok pagi adalah hari MINI MARATHON a.k.a merentas desa bagi IPG KAMPUS KENT Tuaran. 
Aku nak wish a very gudluck untuk team aku TUN RAZAK.
esok lari laju2 tau. dapatkan point byk2..chaiyok! chaiyok!


kembali



aku kembali semula setelah beberapa lama menyepi. hehehe. . . atas sebab kekangan masa dan kemalasan mengupdate blog maka blog aku tidak pun dibuka mahupun disentuh langsung.huhu . . .






Well. . nak citer pasal cuti hari tu walaupun dh beberapa hari berlalu boleh lgi kot. em..mcm mana nak mula ekk...... ok...hari pertama aku cuti aku habiskan masa di Kent bersama kwn2 aku. wat aktviti2 gila sikit.haha...hari kedua plak aku balik ke rumah yg berdekatan dengan bandar KK (Kota Kinabalu) iaitu Lok Kawi. hari seterusnya berjalan2 di KK bersama kwn2.next day, dok umah je sambil wat muka boring. . n hari seterusnya buat bnda yg sma. apa yg xsma nya ialah aku mjadi kuat mkn n x miss waktu mkn sbb dpaksa mkn.haha...mcm sadis bunyi 'dipaksa'....XD


pada 30jan pula kami join senamrobik yg dianjurkan oleh Kem Lok Kawi bersempena dengan HUT 5 BCD ke-47.










hari seterusnya.  mula2 aku ingat nak jogging utk maintainkan aku punya stamina tpi lain plak jdinya.budak2 sibuk je nak ikut aku lati mnyebab aku 'berjalan' krn terpaksa 'menengok' mereka yg suka lari2 kat tgh jln raya..adoii.... hari seterusnya aku batalkan niat utk berjogging.. semangat yg kepudaran.hahaha....


spjg cuti aku tfikir nak balik p Kent kerana di rumah aku xda buat latihan kecergasan langsung. aku risau. bingong. dgn kadar kalori yg aku mkn setiap hari meningkat adakah aku mampu mningkatkan stamina aku semula nanti.huh!! kalori + kalori + kalori setiap hari = kalories!!!,OMG !!! bingong nya aku time tu.


should be like this everyday


tahap pemakanan juga x terjaga apalagi kuantiti makanan itu. wajib mkn 1pinggan penuh bila nenek aku dh hidangkan nasi. berlaukan KARI dan makanan laut boleh membuat kan stamina turun secara mendadak.(KARI.dulu jurulatih aku pernah ckp)


hari2 boring aku terisi la juga sebab jadi babysiter utk shahabilla yg baru berumur 1bulan lebih. c comel yg mengisi masa lapang aku..waaaa...geram ooo tgok dia...




hari seterusnya dipenuhi dengan aktivi jalan2 shopping dengan usu dan nenek dengan budak2 skali. dorang borong banyak tudung utk dihantar ke sarawak. apalagi kain mahal yang dah di'diskaun'kan menjadi RM10 sahaja.aku pun ada. 1 jelah.hehe. n dua helai tudung 'malas'. sebab time malas boleh masukkan tudung tu je. (ok.tu budaya ikut kwn2 aku yg semua dh pkai tudung 'malas'.haha)


aku sempat pergi membeli printer baru di Karamunsing memandangkan printer lama yg agak bengong. kerisauan printer lama buat hal time esemen mnyebabkan aku terfikir utk membeli yg baru.kebetulan byk pulak sale sempena CNY. mudah utk aku memilih mana yg berpatutan.
xerox 3124 jadi pilihan.kotak besar giler. dh la besar . giler lagi..iskkk3




dua hari terakhir disitu pulak aku berjalan2 di pantai bersama budak2. sebab dorg beria2 sgt nak g pantai. tpi xbrni nak suruh dorg mandi laut.naya aku jaga budak2.eee....kami pergi tanjung lipat dan tanjung aru pulak hari seterusnya.










memandangkan budak2 beria-ria hendak 'mandi', maka kami pun bercadang utk pergi ke swimming pool pula. hari terakhir aku disitu aku dan budak2 bermandi-manda di kolam renang di LOK KAWI HEIGHT berdekatan denga kawasan kediaman kami. seronok juga bermandi-manda setelah sekian lama x berenang. fee masuk RM3 utk budak2 n RM6 utk org dewasa. kolam memang bersih.kawasan tu mmg bersih kerana dijaga rapi oleh pemilik. tmpat tu syiok juga ada gym, gelanggang tenis dan beberapa kedai kecil.


sekadar gambar hiasan


xbanyak orang pada waktu itu, jadi kami bebas bermandi manda. hahaha.. syioknya jadi mcm budak kecik lagi time tu. melihat gelagat Effah yg takut nak mandi kat tempat org dewasa. si Faiz yang lebih adventure nak terjun kat tempat dalam mcm dah pandai berenang pulak.apalagi si Faris ni keberanian terserlah sebab nak ikut abangnya terjun gak.haha..btw sangat seronok...oh ya.( kami terjun guna bikini je)wahahaha...(ofcoz la pakai baju n tudung xketinggalan. nasib baik la tempat tu xpayah tggal semua pakaian..hahaha.


n hari terakhir masa utk balik.semua fmily aku p hantar aku balik ip. sebab dorang ambil kesempatan nak tgok2 pekan2 dikwsan bdekatan.


n lastly but not least. cuti pun TAMAT! aku pasti rindu kat budak2 nie terutamanya shaha yg dh jadi bestfren aku selama 1minggu.haha.muahh kat shaha..haha






sekian ~
^________________^
senyum yg lebar sepanjang hari.


bye bye holiday!
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...