iklan

Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

15 December 2011

Tutup Aurat bukan Balut Aurat !

Assalammualaikum wbt ^^

renung-renungkanlah ^^ dan selamat beramal 




11 December 2011

Tudung Labuh Hipokrit?




السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Peace and Mercy and Blessing of Allah be upon you




Tudung labuh hipokrit !!

Tunjuk Baik konon!!

Nak berlagak alim la tu !!

Dah la KUNO !!

Eeeee..kampung gila stail !

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Pakai tudung labuh hipokrit?
Kuno??

Biar apa orang cakap......

Saya diam saja.....

Tapi....

Tak bermakna saya diam saya iyakan saja.


Biar saya jawab kat cini je. nanti karang saya citer panjang lebar awak2 sume tak faham..
Buat muke tak faham seposen....T_T

Bertudung wajib tau tak...
Saya pakai tudung labuh bukan saya nak tunjuk baik
Tapi memang dah tanggungjawab saya sebagai wanita a.k.a perempuan untuk melabuhkan tudung..
Saya pakai dapat pahala free..
Awak yang tak pakai tu dapat dosa free lagi banyak..

Islam menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada..
Sebab tu saya nak pakai tudung labuh..
Awak tak caye awak leh tanya kakak usrah saya..
saya rasa semua orang pun tahu tu..
Saya bukan nak tunjuk baik sangat pun
Saya nak berubah jadi lebih baik je...


" Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada Nur hidayahNya itu....
[Surah an-Nur : ayat 35]


Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tak sempurna penutupan auratnya, hati ni tiba-tiba terasa malu kepada Allah.
Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah dan garisan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah makin bertambah rasa malu dan hina di sisi Allah.
-_-
Saat diri mula kembali ke jalan Allah
ada saja tomahan orang sekeliling
Apa salah orang yang nak berubah jadi baik?
Tentang baik atau tak baik orang yang nak pakai tudung tu
Kira no dua la
Yang penting no satu..menutup aurat! sebab itu adalah wajib.
Kenapa mesti keluar statement cakap perempuan bertudung tak semestinya baik..
Kenapa mesti buat statement macam tu ?
Jadi orang yang tak pakai tudung tu baik ke?
Saya tak cakap orang tak pakai tudung tak baik 
Tapi yang pakai tudung tu jauh lebih baik daripada awak yang tak pakai tudung tu

Cuba awak bayangkan masa awak post status bagi statement macam tu
Ada sorang perempuan baru nak bertatih memakai tudung
Lepas tu terbaca status awak..
Dia rasa kurang keyakinan diri dan membatalkan niat bertudung disebabkan status lazer awak tu
Elok orang nak berubah pakai tudung  terus tak jadi pakai tudung..
Dah la sakitkan hati orang..dapat dosa lagi sebab keluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya tak bertudung..
Berlipat-lipat dosa free awak dapat
Awak suka ke macam tu ? kumpul dosa free.
Saya bukan nak timbang dosa pahala awak tapi awak fikir-fikirlah masa nak blow statement macam tu

Ni lagi sorang..
Awak ni kejap pakai tudung
kejap tak pakai tudung
Gambar kat facebook awak pun dah macam chipmore dah saya tengok
hari ni awak guna profile picture ada tudung
esok awak guna profile picture guna ikat rambut reben besar
sambil awak tayang betis awak guna seluar pendek tu.
eee..malu la saya tengok
macam saya pulak dapat dosa sebab tak tegur awak tau tak

Lepas tu lagi yang awak sorang ni..
memang tak bertudung langsung kann
kononnya tak dapat hidayah lagi..
nak tunggu bila baru nak dapat hidayah kalau awak tak usaha sendiri


Awak tak payah la nak permainkan hukum Allah
Berdosa tau tak
saya taknak awak dapat dosa
sebab saya anggap awak kawan saya
saudara seIslam saya
Awak tahu makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni siapa?
Syaitan tau tak !
Ingat tak diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kepada Nabi Adam. . .
Mereka mempersoalkan perintah tu. . .tak percaya kenapa Allah suruh mereka sujud kat Nabi Adam sedangkan mereka mengaku mereka lebih mulia dari Nabi Adam..
Kemudian mereka menentang perintah Allah itu...
Apa Allah buat pada mereka?
Nak jadi seperti itu ke..

Awak ingatlah...
saya selalu berharap awak akan berubah untuk menjadi lebih baik
Awak tak perlu lah cari banyak alasan untuk dijadikan modal awak
Awak tahu tutup aurat tu wajib
Bila orang tegur awak bukan semestinya orang tu nak tunjuk baik
tapi dah tu memang tanggungjawab orang untuk tegur awak.
Saya bukan suruh awak pakai tudung labuh yang macam ustazah pakai tu atau macam yang saya pakai
tapi cukup la awak pakai tudung yang menutup aurat
melebihi paras dada, tak nipis dan selesa.
Orang pakai tudung untuk tutup aurat bukan KUNO. tapi itu TANGGUNGJAWAB.

awak ingat ni. . .
Allah berfirman dalam surah QS.Ar-Ra'du (13):11
Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya.

akhir kata..wassalam


nota kaki :: apasal emo sangat ? haha. . .



carilah teman yang mempu membawa kita ke jalan yang diRedhai.
InsyaAllah.^^

**sayang awak2 semua

03 December 2011

Aku bukan Aku lagi

Assalammualaikum wbt...
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

kisah Aku bukan kisah aku. nak dijadikan cerita pada suatu hari seorang akhwat bertanya kepada Aku.

Senior : Dik, apa yang membuatkan adik tiba-tiba berubah penampilan begini.
Aku : Saya rasa saya PERLU berubah. Banyak perkara dalam hidup ni telah menjadi sia-sia begitu sahaja. Saya tak nak jadi orang yang jahil.Hati saya tiba-tiba mendapat hidayah untuk berubah.
Senior : Bukan sebab seseorang ke?
Aku : Tak..saya rasa saya ada banyak sebab untuk berubah kak. dan saya rasa saya wajib berubah ke arah yang lebih baik lagi. Tiap kali saya nampak kakak dan sahabat2 lain, sikap mereka, pergaulan mereka, cara pertuturan, hati saya jadi tersentuh . Dan saya terfikir..kenapa tidak saya ubah sikap saya menjadi lebih baik. Suatu hari tu saya lepak di bilik sahabat saya ni...saya tengok-tengok la dia tengah menjahit tudung labuh dia. Saya pun tanya leh cuba tak..Terus saya rembat pakai tudung tu kat situ. Tiba-tiba hati saya rasa senang je sebab tengok muka saya conel sangat time tu..hahaha..gurau je kak.
Senior : Sepanjang adik berpakaian begini takde ke orang dok kutuk-kutuk adik ke.cakap adik macam ni macam tu. Ade tak..
Aku : Alhamdulillah kak sepanjang saya dah berpakaian begini takde mulut jahat celupar cakap kat saya apa2. Tapi tak tau la kalau di belakang2 kan,yg mengata org...heee
Senior : Family adik plak camna, tak heran ka tengok adik tiba2 je berubah.
Aku : Family saya ok je kak. Malahan suka ada la.
Senior : Nantikan..kalau ada apa-apa yang adik nak share jangan pendam sorg2 tau. Adik share la masalah ke kat kawan2 tu, akak sendiri pun boleh...dulu akak pun macam adik..Tapi masa akak mula-mula nak berubah memang banyak cabaran. Ada yang kutuk akak. Akak sabar je.Sebab akak tau Allah hanya nak menguji kuat tak iman kita tu. Masa tu akak takde kawan2 tempat share masalah. Akak pendam sorang2. Kalau balik rumah baru akak crite kat mak n kakak akak.
Aku : Mungkin kat tempat kita ni atmosphere ni dkelilingi dgn org baik2 kot kak jadi takde yg dok kutuk2.  Kalau saya terima ujian macam akak tu, insyaAllah saya akan kuatkan iman, sabar dan paling penting prinsip saya sebagai seorang Muslimah. huhu..akak, dah azan la. Saya nak p ambil wuduk jap.terbatal tadi..hehehe

**Dalam hati ku...tak siapa yang tau....mungkin ini adalah jalan yang Allah telah tunjukkan buat diri ku yang pernah diselubungi kejahilan dalam mendalami Islam. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah dan InsyaAllah, semoga Aku Istiqomah selalu.**

Jangan takut untuk berubah kerana itu adalah jalan yang diredhainya.

**Dulu aku impikan sesuatu yang lain, tapi kini aku impikan sesuatu yang diredhaiNya.
Sebuah persahabatan yang diredhai, tiada percintaan sebelum akad, pergaulan yang terjaga, keselamatan terjaga,hati yang tenang, berbelanja ke arah kebaikan a.k.a bersedekah, menjaga penampilan yang menutup aurat, jiwa yang tenang, kecintaan terhadap Islam semakin bertambah**

**Aku impikan sinar mentari yang memancar indah, tetapi Allah turunkan hujan. Aku sedih dan berlalu pergi. Tiba-tiba Allah datangkan pelangi yang indah. Aku jadi terleka kerana keindahannya ciptaannya. Lalu aku menyedari bahawa ada hikmah disebalik perancangan-NYA itu.**






22 April 2011

Aurat Wanita ^_^

Assalammualaikum wbt...Saya ingin memaparkan sedikit perkongsian tentang bagaimana Aurat wanita Menurut Firman Allah S.W.T dan Hadis Nabi yang saya perolehi dari pelbagai sumber di internet. Semoga bermanfaat buat semua ^_^..

1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Badan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan seseorang dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, itu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


nota conteng :: tutuplah aurat mu walau sehelai rambut!
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...