iklan

11 November 2011

Tips :: Bunyi Hon

Salam'alaik semua...

hari ni fiqa nak share tips pasal bunyi hon plak...PON! PON! hehe
Saper ada kereta angkat tangan !! haaaa...ni dia tips untuk korang mengenal pasti maksud disebalik bunyi-bunyi hon yang diHONkan.hehe

sumber : mr.google

Maksud disebalik bunyi-bunyi hon :
1 x HON PENDEK – PON! pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK – PON! PON! pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK – PON! PON! PON! pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan*_*)
1 x HON PANJANG – POONNNNNNN! pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG – POONNNNNNN! POONNNNNN!  pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
4 X atau lebih HON PENDEK – PON! PON! PON! PON! pemandu tu cakap ;
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

hehe..jangan mare...btw tips yg atas tu betul2 berlaku tau sbb ayah fiqa pun ada PON! PON! gak..


nota conteng :: aku x pakai hon.aku pakai kete bomba.. :p

Tips :: Peperiksaan

Assalammualaikum wbt, ya ukhti, ya akhi.....hehe..sempena minggu peperiksaan akhir semester ini fiqa akan share beberapa tips tentang peperiksaan. selamat membaca ^_^

Sebelum Peperiksaan :
  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan  kursus
  • Ulangkaji nota secara konsisten *secara individu lagi baik
  • Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
  • Semak soalan-soalan yang lepas atau soalan 'spot'
  • Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten *untuk topik yang xberapa nak faham
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :
  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  • Datang awal ke dewan peperiksaan
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :
  • Baca arahan dengan teliti.  @_@ baca!
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
  • Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan :
  • Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
  • Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.


*nota conteng ::  good luck ! gambate ! bittaufiq wannajah ^__^ dalam exam akhir semester .
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...