iklan

31 March 2010

Ingati Daku

Ingati daku
Seandainya aku lupa pada tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan

Ingati daku
Zahir dan Batinku dengan keIslamana
Jangan pula auratku didedahkan
Semakin singkat, tipis dan dijarangkan

Ingati daku
Hakikatnya diri ini milik Tuhan yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya

Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan

Ingati daku
Untuk bercinta hanya KeranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan










Kenapa ?

Kenapa Aku Diujii???

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3




Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan???

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216




Kenapa Ujian Seberat Ini???

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286




Rasa Frust???

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139




Bagaimana Harus Aku Menghadapinya???

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200




Pada siapa harus ku meminta tolong??

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45




Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini???

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111




Kepada Siapa Aku Berharap???

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129




Aku Tak Dapat Tahan!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12




~sekian,wassalam~

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Assalammualaikum wbt...
hari nie nak citer sikit...dulu masa sekolah uztas aku yg citer nie....


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.


Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.

Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

 Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.

Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu.

renungkanlah....


~sekian,wassalam~



Antara lobak telur dan kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak ?",

"Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah ?"

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"Kamu termasuk golongan yang mana ? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

"Apakah kamu adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?

Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum."




sekian, wassalam

30 March 2010

Tips :: Tidur

Assalammualaikum...
hari nie kita nak kongsi ckit rahsia kat korg:


TIDUR YANG MELEMAHKAN AKAL


1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi


2) Tidur selepas Asar.


3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.


4) Tidur yang terlalu banyak.


Tabib – tabib amat tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja !




Pengalaman aku ::
pernah skali aku baru balik dari berlatih silat.....balik awal la time tu..terus aku g mndi...rehat jap kat atas katil..(kata jap jer)..skali aku tertido..astrfirullahalazim...tinggal solat asar dh masok pulak solat maghrib...aku pe lagi time tgok jam konfius nie pagi ker malam.....then aku ingatkan dh pagi..auch..lewat bgun..sarapan pagi??saper buat??aku terus g dapor tgok dorg tgh mkn.....aikss...mkn dwaktu pgi ker dorg nie...adik aku sempat ejek.."selamat pagi kak dee"....hikksss...aku btambah lar konpius..aku tanya mak aku.."nie pagi ker malam?"..
then mak aku kata "ngigau ekk??"hahaha...dorg semua ketawakan aku..hikkss...aku pe lagi blah dri ctu utk mnunaikan ape yg lom dtunaikan tdi....
lepas kejadian tu aku serik dah tido petang2....kalo nak tido pun aku set utk tido 1jam jer....pasang alarm kat hpn kuat2....kalo xbgun jugak xtau ler..kwkwkwkwkw...




sekian,wassalam

Hati ini

maafkan aku andai aku menyusahkan mu..maafkan aku andai aku xbisa mbahagiakan hidup mu..maafkan aku andai aku terlupa pesan mu..maafkan aku andai aku terlupa janjiku padamu..maafkan aku andai aku terkasar bahasa padamu..maafkan aku andai tiada esok lagi untuk ku..maafkan aku andai aku xlagi untuk mu..maafkan aku andai aku pergi dulu sebelummu..DOAkan aku disetiap detik nafasmu..kerna aku ingin disayangimu..

28 March 2010

Jari-jari kesayangan ku

~assalammualaikum~


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
ini Sekadar Renungan Bersama…tida kaitan dgn yg hidup@dh mati(xda kaitan ler)huhu


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan  dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.Kewajipan solat lima waktu  jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari  kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan  bermula daripada kecil kemudian besar danterus membesar. Itulah fitrah  insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggung --jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.


Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur  30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi  yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri  hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


 Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dan patuhi, nescaya anda bolehberkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???


:-kalo aku jawab...aku didalam golongan jari kedua iaitu jari manis(gpun aku mmg manis kan..ecececee....mngade:p)

abis dah citer......
~wassalam~ 

Renung2kn lah duhai wanita

Assalamualaikum.



jom baca nie...

1 - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7 - Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 - Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.



Cuba cermin balik..

:- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

:- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

:- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.


:- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


:- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


:- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.


:- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


(✿◠‿◠)btw, to those yg xpuas hati jd perempuan, n asek merungut itu ini, this post is super special for u. hope u like it





~wassalam~

27 March 2010

Makan Free di Hari Polis

sempena ary Polis semalam....aku dijemput untuk dinner bsama polis2 di daerah aku nie...so...setelah diberitahu..aku pun turun ke balai raya pada petang itu utk r0und2 n tengok keadaan dctu...aha...owg tengah sebok menghias dewan ler...mnyebok jax aku nie..

pas dorg siap kemas2 hias2..aku pun relax2 ngn kwn aku 2 owg tu..(padahal aku x keja pun nak elex juga)..ecececeeeh...then..dorg raptai utk psembahan malam tu...kwn aku sorg nma jaja....msa tu dia ekot karokey la pulak..haha..aku pun tengok la dia bKarokey utk mnurunkan hujan...tpi mmg baek lah ary tu x hujan kann..haha...gud2..pastu kwn aku yg sowg lagi nma siti ajak la aku join karokey...mula tu aku xnak coz malu la...lama dah aku xmnyumbangkan suara aku nie..haha..pas tu pujuk2 aku pun mow juga...so..kitowg pilih la lagu duet..lagu duet semua utk 'lelaki dn perempuan'...padan la muka aku kna ejek ngn polis2 tu...da yg ckp cmnie..."mana leh duet pempuan sama pempuan"..haha..yalah kan..lagu tu kan utk pasangan bcinta..mmg pelik la kalo bduet sama perempuan...tpi xkesah lar tu bab utk suka2 jax kann......jengjengjeng...aku pilih la lagu 'dua insan bcinta'....febret lagu bila slalu karokey ngn family...p kwn aku nie xmow..so aku ekot jer la apa lagu dia mow...last2 lagu yg terpilih lagu 'resepi bkaseh' by nana n achik...haha....bis raptai aku terus balik n terus shower....lalalalaaaa.....siap..siap..siap...kwn aku ambik kat umah...brommbrommbrommm...(pakai moto nih)...>sampai kat balai raya...iskk...byk pulak owg nih...malu mmg malu aku nie...ye lar ...pemalu tahap gaban ktakan..haha..tpi aku masok juga ekot kwn aku tu..

acara dah mula..nasib baek ucapan xpanjang lebar...xsampai 10minit pun..huhu...pastu da pulak beberapa psembahan menari...tarian ngajat(iban)..tarian singa(cina)..tarian sumazau(sabah)..tarian zapin(melayu)...poco2 pun ada..haha..diselitkan dgn owg karokey....dan cabutan bertuah(adiah kontene jer)...

tiba giliran aku dn kwn aku ni nyanyi..adui..gila...mmg gabra tahap apa ntah...mmg slalu cmtu susah mow bdiri dpn khlayak ramai..adus..tgn pun gegar time pegang mic...haha...lawak ler...kalo kowg tengok muka aku time tu sah ketawa kowg bab pucat giler...haha...beberapa minit pas tu...gabra mula ilang..n co0l balik...haha....

lupa lak nak gtau..nyanyian "resepi berkasih" tu aku yg jadi achik pastu kwn aku jadi nana...haha...tpi nasib baek suara ku ok kan(ada owg puji suara aku time tu) walaupun aku tgh demam(rasa cm sengong jer suara aku tadi)....ape2 pun...aku enjoy makan free mlm tu...yeehaww..\(^_^)/



~wassalam~

26 March 2010

++bingkisan kata++

Assalammualaiku wbt......
entry aku hari nie tentang CINTA ::

Sekiranya kita Cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia Cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya kita Cinta kepada Allah,
Nescaya Cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita Cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yg menCintai,
Orang yang kita Cintai.

Tetapi sekiranya kita Cinta kepada Allah,
Kita akan turut Mencintai,
Orang yang melabuhkan Cintanya kepada Allah juga.


~wassalam~


Erti hidup??

Assalammualaikum wbt ~
pa pendapat anda ttg kehidupan??
kehidupan yg penuh kekecewaan dan kehampaan ;(
huhu....


: : kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Maka,teruskanlah perjuangan kita walaupun diri terpaksa menghadapi pelbagai rintangan demi rintangan dalam kehidupan yang telah diberikan-NYA kepada setiap insan.Bersabarlah.Berdoalah.Bertaubatlah. : :

________________________________________

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan





Apabila engkau telah berazam, maka berdoa dan bertawakallah kepada Allah
nescaya Allah akan mendengar mu


~ wassalam ~


Pabila Sesat


~ Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan hidup ~

25 March 2010

~Penantian yang tiada kepastian~

hussshhh...ini bukan topik jiwang karat keyh...hikks..
just aku x dapat nak sabar menunggu
sesuatu yg aku xpasti
huh..xlama lgie nie
tarikh tutup 28 mac

so..xlama lagie...(aku dh ckp tadie la)
aku harap nama aku tmasuk dlm senarai maktab
hikksss...mengarut lgie..lgie..lgie..
conteng jax...free kann

haha...huh...gelisah resah menunggu
takut2 pem0honan xditerima
sedihnyer kalo kene reject..
apa rasanyer
adoi2 ;(

d0a2kan lah aku yer
sem0ga pm0honan aku dterima

=_=

~masih bisa tersenyum~
_________________________________________________


Hari Burger

: : : adakah anda tertanya2 ada ka hari burger..hahaha..aku wat sendiri ni....hari RABU hari burger bagi aku krn pada hari rabu aku n fmily akan wat burger sebanyak 400 biji.... byk kannnn...aha...mesti korg ttnya2..pasal byk byk sgt kannn...kiteorg wat utk RMT sek. ren. tu lar yg byk tu...........

mmg kepak tgn bkerja..kaki pulak letih sebab x duduk kann..bdiri jer..huh...penat + letih + capek + seron0k.....hehehe

malam semalam dah potong roti n sapu planta kat roti tu...satu family gotong-r0yong wat same2 tau..haha...lucu pun ada tgok...pas tu pagie tdi bgun awal pulak....kazen2 aku bakar roti,beef ngn ayam..kakak,mak adek2 dan aku...bungkus burger tu..n packing lam plastik...

so,sebenarnyer hari ni hari pertama kiteorg wat burger utk RMT nie sbb kontrak bru mula minggu nie..ha..dan juga merupakan hari pertama ktorg wat burger byk2 cmtu..iskk...seron0k...hikkkss...bestt!

dalam masa wat keje tu sempat la juga take!take! gambar adek aku nie..haha..aku sndiri??x de..haha ^_^ : :


::Sebahagian::

:: tiap-tiap hari bnda yg sama aku buat dan aku rasa sungguh bosan tahap gaban..jgn jadi gila sudah la...sapa mow jaga oii..huhu....

=======================================================

bangun awal pagie dah mula wat keja yg paling bosan..cuti yg paling tiada makna dlm hidup aku...selepas habis sPm hingga lah ke hari ini...tiada beza nya seperti hati-hari yang lalu..ingatkan kalo dh abis exam sPm leh enjoy cm budak lain...tido..n bangun lewat sesuka hati...tpi aku..mhabiskan saki baki cuti aku dgn perkara yg terlebih faedah nya kpd aku shingga meluat dan fedup dgn apa yg aku lalui setiap hari..

cerita tentang aktiviti aku spjg cuti nie..apa yg aku buat??byk juga....nak tau cerita??ikuti kesah selanjutnya..(eceehh)...^_-

===============================================

::::: lalui hari-hari ku dgn menjual burger ::::::
dgn kazen aku...first time bisnes burger aku ni mula...aku exited sgt2..smpaikan x terkata n x sabar2 lae nak mula bniaga..maka bermula lah kisah aku menjadi taukey burger pada 31 Disember 2009...sempena aktiviti Pesta Air yg diadakan di daerah terpencil ini.....perniagaan bjln dgn lancar..burger pun laris..sungguh gembira krna keuntungan yg tidak terkata di bibir munggil aku nie...hikks...

oleh kerana mjadi tokey burger perempuan satu2nya..aku mjdi popular dgn keenakan dan kelazatan burger.. dimana2 pun disapa sehingga terasa malu..(ngegeh na)..haha......

sehingga sekarang aku masih mjln kan bisnes burger ini..ada syif pula..nie jadual nya ::

PAGI ,7:30AM-12:30 : aku dan kazen aku naz
MALAM , 7:30-10:30: kazen aku, naz n boy

hari AHAD pula...gerai ditutup lewat sehingga pukukl 2:00PM n aku tukar syif ngan adek aku,atul pada pukul 12:30 kerna aku ada latihan silat.....

===============================================

sekarang aku sudah bosan melihat wajah burger aku yg sgt kiut itu..kerna tak sabar2 mow mlanjutkan pelajaran aku....rindu mow belajar,n lepak ngan kawan2...

kini,aku hanya menunggu saat nya berhenti dan mngantikan tempatku dgn saudaraku yg lain~
huhu.....

~sekian,wassalam~

24 March 2010

Hari pertama conteng blog

Bila tengok orang main blog..blog..blog...dan blog...teringin pula nak mencontengkan satu blog untuk aku yang suka menconteng nie...dulu aku penah blajar wat multimedia..tapi tak ada pula belajar buat blog or website..jadi..dengan apa-apa jer cara aku sudah pun mencipta satu blog untuk aku sendiri tanpa ada satu pun pengetahuan tentang cara menconteng blog nie...huhu...try punya try..jadi la juga sikit-sikit...mcm nie la hasil cobaan pertama aku...so..camner??ok tak...??cam x best jer kan..hahaha..apa-apa jer lah...yer la ...kan dah try my best....nanti-nanti edit lagi kalo buruk sangat rupe nyer..haha..erm..nak cakap apa lagi nie ek...aikss....ingat susah sangat wat blog nie..senang jer upanyer..huhu...tpi aku kan pandai conteng..so aku conteng jer kat mana-mana aku berkenan..haha..maka dengan ini dirasmikan lah blog si Aku Conteng nie pada 23/3/10.....jeng!jeng!jeng!!sekian...  wassalam...   :)

__________________________________________________________________________________
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...