iklan

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

14 April 2012

S0mething fl0wering


Any0!!!nak publish apa eh..
Assalammualaikum ....
Keifa halukum ? ana bikhair....hehe

hari nie fiqa try update belog guna henfon..

tadaa..ini lah hasilnya...

yay2...senanglah nak mengarut ne terus dari henfon

*lambat nya exited..org lain dah tahu pasal ne sejak berabad2 dulu...
hehe...xkesah lah janji sy hepi x kacau orang...kan2


13 February 2012

Perjalananku Tika itu

Salam'alaik..Kheifa halukum. nampaknya lama dah tak update blog...agak sadis di situ..
maka dalam masa sepanjang ana tidak meng'update belog ini..mcm2 perkara dah berlaku..
antaranya...ana dipilih oleh classmate ana untuk jadi calon JPP 2012/2013 tapi malangnya ana tolak dengan tidak menghantar borang..hehe...lepas tu ana dah dpt beberapa tugasan dri pensyarah..esaiment la tu..pas tu masa sambutan maulid Nabi kami takde sambut.(insyaAllah akan di ulas dalam entry seterusnya)..pas tu lagi..ada perjumpaan rumah sukan..dimana ana mengencang kerana pihak ajk tak mau buat baju muslimah utk kami yg muslimah...lebih sadis lagi bila tidak disokong oleh seorang kakak yg seangkatan dgn kami...sadis2....sabar jak la jawab nya......tapi ana beli je baju jersi rumah sukan (kerana dorg kata WAJIB) dengan harapan lepas sukan ana bukan pakai lagi baju tu untuk keluar..seriusly bah...kemudian ada tragedi tragik lagi tangan melecur kena air panas yg bru mendidih..mula2 patutnya takde apa2 tapi oleh kerana masa tu ana try menyelamatkan diri dengan membuka tombol pintu bilik sbb nak keluar cri kawan kat bilik sebelah..malangnya tangan yang baru kena air panas tadi terjejas dan mengeluarkan gelembung dalam beberapa hari kemudiannya.........lepas tu minggu lepas ana dilantik menjadi timbalan pengerusi BIG Fasa 1 siri 2.....agak gementar sebab tak pernah berkerjasama dengan pengerusi dia...kadang2 rasa janggal sampaikan kalo p jumpa dia kena bawa kawan..sebab tak biasa dan malu lah sgt....emmm..apa lagi eh...o ye...dalam minggu yang sama, ana dilantik menjadi Lajnah multimedia surau Nurul Yaqin(ip ana) tak tau lah sape yang naikkan nama ana...tapi syukur alhamdulillah..insyaAllah ana akan berusaha sehabis baik..gementar juga sebab skrg pikul tanggungjawab dan amanah yang besar buat pertama kalinya di institut ini...harap2 ana mampu menjadi seorang lajnah yang amanah dan bertanggungjawab...amin^_^. lastly...jumaat lepas(10/2/12) ana sekelas dan pensyarah TITAS pergi lawatan di Muzium Negeri Sabah dan Muzium Tamadun Islam di Kota Kinabalu...enjoy sgt disamping dpt pengalaman yg amatlah bermakna... sekian ceritera minggu ini...Wassalam....

*nota conteng : entry paling pendek dgn mengulas setiap kejadian sahaja..sbb skrg tgh bz dan kpla xleh nak fikir apa dah nak update pjg2..InsyaAllah akan diusahakan lagi kerajinan ini di entry yang akan datang..

*nota kaki: buku lukisan yg kartun ana hilang tak tau sape ambil/ tak tau mana sudah ana letak.......nak beli baru...nak mula balik sgt la susah...Ilhamku sila lah datang kembali supaya ana dpt Ilham melukis..amin......huhu-_-

04 December 2011

Kisah Sagu



Tiong ialah anak seorang petani sagu. Dia memang biasa membantu bapanya di dusun. Ada harinya mereka memotong tumbuhan yang menjalar naik ke batang rumbia, ada harinya mereka menanam sulur untuk pokok rumbia baru. Malangnya, Tiong tidak begitu gemar bertani; dia lebih suka memancing. Setiap petang, dia akan berlari ke sungai dengan kawan-kawaannnya. Mereka akan memasang bubu dan mereka menggunakan pancing. Kadang-kadang, bapa Tiong membawa dia ke laut di dalam perahunya, masa itulah Tiong benar-benar gembira!


Satu pagi, semua budak kampung keluar dan berjalan ke sungai kecil untuk memasang bubu mereka.

“Boleh saya ikut mereka?” Tiong meminta kebenaran bapanya. 

“Pagi ini tidak boleh,” jawab petani itu. “Hari ini kita akan pergi menebang pokok rumbia di dusun dekat dengan bukit kecil itu. Kamu boleh pergi memancing petang nanti, anakku.”
“Baiklah, bapa,” budak lelaki itu menjawab, tetapi dia tidak begitu gembira dengan jawapan bapanya.
Kedua-dua mereka pun memulakan perjalanan ke dusun pokok rumbia. Selepas mereka mendayung sampan untuk beberapa lama, bapanya mula mendayung ke arah tepi sungai.
“Dari sini kita mesti berjalan, “ dia berkata: “dusun in jauh dari sungai.”
Mereka mengambil bakul , parang dan kapak mereka dan mula berjalan menyusuri denai kecil. Tanahnya lembut dan berpaya. Beribu-ribu serangga berdengung dalam suasana yang panas itu. 
“Berapa jauh lagi, bapa?” Tiong bertanya.
“TIdak jauh lagi,” jawab bapanya. Tetapi untuk seorang kanak-kanak, ia memang terasa begitu jauh sekali.



Cahaya matahari pula memancar dengan begitu terik, reriang pula mengeluarkan bunyi yang membosankan. Tiong teringatkan kawan-kawannya yang sedang berada di tepi sungai, memancing,atau mungkin sedang berenang dan anginnya terus menjadi tidak baik.

Selepas pokok rumbia itu ditimbangkan dan dipotong, bapa Tiong mengambil dua daripada batang yang telah dipotong itu, mengangkatnya ke atas bahunya dan mula berjalan ke arah perahu mereka.

“Cepat, Tiong!” dia berkata kepada anaknya. “Kamu dah cukup besar untuk mengangkat satu batang. Cepat angkat!”



“Baiklah, bapa,: budak itu menggumam sambil menarik muka dan mengangkat bahagian hujung batang itu. Dia cuba menariknya tetapi ia asyik tersangkut pada tanah yang tidak rata itu. Kemudian dia menangkut batang itu seperti bayi dan berjalan sedikit. Batang itu sangat berat; tidak lama kemudian, dia meletakknya ke bawah semula.




Dia mendengar tapak kaki menghampirinya bapanya telah mengambil dua batang yang telah dipotong dan sedang berpusing balik untuk mengambil lagi batang-batang rumbia yang lain.

Dengan pantas, Tiong mengangkat batang yang sepatutnya diangkat itu. Dia memikul batang itu di atas bahunya dan mula berjalan.

“Bagus!” bapanya memuji bila melewatinya sambil membawa dua lagi batang yang besar dan panjang itu. 
Sebaik sahaja bapanya hilang dari pandangan, Tiong menjatuhkan bebannya ke tanah.
“Aku panas dan letih,” dia merungut dengan suara yang kuat. “jika bukan disebabkan batang rumbia yang bodoh ini, aku tentunya sedang bermain dengan kawan-kawanku. Dia menendang batang itu dengan kakinya.



“Pokok rumbia berat, tak berguna! Kenapakah ia tak tumbuh di tepi sungai! Kenapakah ia begitu menyusahkan!” dan dia menendangnya sekali lagi. Pada waktu itu, bapanya datang menyusuri denai menghampirinya sekali lagi. Harap-harap dia tidak dengar apa yang aku katakana tadi. Tiong berbisik kepada dirinya sendiri, dan dengan pantas mengutip batang rumbia itu semula. Kali ini dia mengangkat hingga sampai ke perahu. Bersama-sama mereka mengikat rakit yang panjang dan menariknya pulang ke rumah mereka.



Bapa Tiong tidak mendengar betapa biadapnya kata-kata anaknya itu terhadap batang rumbia itu. Dia tidak melihat budak jahat itu menendang batang rumbia itu. Tetapi ada yang mendengar apa yang dikatakan dan melihat apa yang dilakukan oleh budak itu- semangat hutan. Semangat ini menjaga hutan dan dusun pokok rumbia. Semangat-semangat itu semua begitu marah dan mebuat keputusan untuk membalas kepada semua orang dosa seorang budak yang malas,.




Keesokan paginya, bapa Tiong menyusun batang rumbia itu di atas tikar di hadapan rumah mereka. Dia menyanyi dan menunggu, dan menunggu. Dan menunggu dan menunggu – tetapi taida apa yang terjadi. Tiada tepung sagu mencurah keluar dari batang rumbia yang sudah dibelah itu ke atas tikar.

Ganjilnya, diterfikir, apa pula yang tersilap? Kemudian dia terdengar jirannya di rumah seberang sungai menyanyikan lagu sagu.




Kenapa pula dia menyanyi begitu kuat, bila Tiong berfikir. Dia nampak beberapa orang sedang berdiri di beranda menyanyi sekuat hati mereka. Dan masih tiada apa-apa yang berlaku. Tiada tepung halus muncul. Batang-batang rumbia yang terbelah itu duduk diam di situ seperti batang kayu biasa sahaja.

Selepas beberapa hari, penduduk kampong mula sedar yang batang rumbia mereka tidak boleh mengeluarkan tepung sagu dengan sendiri. Mereka terpaksa belajar membelah batang, menyagat empulur, dan membasuhnya dengan memijak empulur hancur itu melalui tikar dengan kaki mereka. Memang banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tepung dati batang rumbia – dan semuanya kerana seorang budak bodoh yang begitu malas, untuk mengangkat batang kayu, dan menghina pokok yang memberi dia makanan harian!


**Inilah kisah dongeng tentang sagu ni..hihi^^**

03 December 2011

Aku bukan Aku lagi

Assalammualaikum wbt...
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

kisah Aku bukan kisah aku. nak dijadikan cerita pada suatu hari seorang akhwat bertanya kepada Aku.

Senior : Dik, apa yang membuatkan adik tiba-tiba berubah penampilan begini.
Aku : Saya rasa saya PERLU berubah. Banyak perkara dalam hidup ni telah menjadi sia-sia begitu sahaja. Saya tak nak jadi orang yang jahil.Hati saya tiba-tiba mendapat hidayah untuk berubah.
Senior : Bukan sebab seseorang ke?
Aku : Tak..saya rasa saya ada banyak sebab untuk berubah kak. dan saya rasa saya wajib berubah ke arah yang lebih baik lagi. Tiap kali saya nampak kakak dan sahabat2 lain, sikap mereka, pergaulan mereka, cara pertuturan, hati saya jadi tersentuh . Dan saya terfikir..kenapa tidak saya ubah sikap saya menjadi lebih baik. Suatu hari tu saya lepak di bilik sahabat saya ni...saya tengok-tengok la dia tengah menjahit tudung labuh dia. Saya pun tanya leh cuba tak..Terus saya rembat pakai tudung tu kat situ. Tiba-tiba hati saya rasa senang je sebab tengok muka saya conel sangat time tu..hahaha..gurau je kak.
Senior : Sepanjang adik berpakaian begini takde ke orang dok kutuk-kutuk adik ke.cakap adik macam ni macam tu. Ade tak..
Aku : Alhamdulillah kak sepanjang saya dah berpakaian begini takde mulut jahat celupar cakap kat saya apa2. Tapi tak tau la kalau di belakang2 kan,yg mengata org...heee
Senior : Family adik plak camna, tak heran ka tengok adik tiba2 je berubah.
Aku : Family saya ok je kak. Malahan suka ada la.
Senior : Nantikan..kalau ada apa-apa yang adik nak share jangan pendam sorg2 tau. Adik share la masalah ke kat kawan2 tu, akak sendiri pun boleh...dulu akak pun macam adik..Tapi masa akak mula-mula nak berubah memang banyak cabaran. Ada yang kutuk akak. Akak sabar je.Sebab akak tau Allah hanya nak menguji kuat tak iman kita tu. Masa tu akak takde kawan2 tempat share masalah. Akak pendam sorang2. Kalau balik rumah baru akak crite kat mak n kakak akak.
Aku : Mungkin kat tempat kita ni atmosphere ni dkelilingi dgn org baik2 kot kak jadi takde yg dok kutuk2.  Kalau saya terima ujian macam akak tu, insyaAllah saya akan kuatkan iman, sabar dan paling penting prinsip saya sebagai seorang Muslimah. huhu..akak, dah azan la. Saya nak p ambil wuduk jap.terbatal tadi..hehehe

**Dalam hati ku...tak siapa yang tau....mungkin ini adalah jalan yang Allah telah tunjukkan buat diri ku yang pernah diselubungi kejahilan dalam mendalami Islam. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah dan InsyaAllah, semoga Aku Istiqomah selalu.**

Jangan takut untuk berubah kerana itu adalah jalan yang diredhainya.

**Dulu aku impikan sesuatu yang lain, tapi kini aku impikan sesuatu yang diredhaiNya.
Sebuah persahabatan yang diredhai, tiada percintaan sebelum akad, pergaulan yang terjaga, keselamatan terjaga,hati yang tenang, berbelanja ke arah kebaikan a.k.a bersedekah, menjaga penampilan yang menutup aurat, jiwa yang tenang, kecintaan terhadap Islam semakin bertambah**

**Aku impikan sinar mentari yang memancar indah, tetapi Allah turunkan hujan. Aku sedih dan berlalu pergi. Tiba-tiba Allah datangkan pelangi yang indah. Aku jadi terleka kerana keindahannya ciptaannya. Lalu aku menyedari bahawa ada hikmah disebalik perancangan-NYA itu.**






21 January 2011

New born cousin ^^

Nur Salsabila binti Harun







ummi cakap nama salsabilla bermaksud perigi syurga..semoga salsa menjadi seorang pejuang Islam yang sejati dalam menegakkan agama tercinta^_^ amin. Muahh. . .
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...