iklan

Showing posts with label Yummy. Show all posts
Showing posts with label Yummy. Show all posts

04 December 2011

Sagu

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Mun enda bibah Ungun, enda lah pekena sei


Dalam entry kali ini, kita akan mempelajari proses membuat sagu mutiara. Sagu ini diperbuat daripada kanji Sagu (Sei). Orang Melanau mengamalkannya sebagai makanan ruji. Pokok sagu (Metroxylon sagu) juga dikenali sebagai "Pokok Kehidupan" oleh orang Melanau.

Tujuh langkah untuk membuat Sagu ialah ::

1. Tubeng Balau ( Menebang pokok balau/rumbia)


Pokok sagu yang ditebang hanyalah pokok yang sudah cukup matang dan mempunyai banyak kanji. 1 batang pokok rumbia yang matang boleh mengahasilkan 150 hingga 300 kg kanji

2.Marut (memarut empulur sagu)


selepas mengeluarkan kulit (ungun) pokok rumbia (Balau), empulur sagu (Sei Balau) akan diletakkan pada Lagan. Lagan dibuat daripada dua balak yang diikat dengan ruang yang kecil di antaranya. Shredder (Pemarut) akan digunakan untuk membuat Pou (mencincang empulur sagu) 


3.Menyak (Mengeluarkan Sagu kanji-Sei)


Hasil Pou akan dibawa ke rumah pengekstrakan yang dipanggil Nyanan (atau Jagen). Terdapat Pou yang akan diletakkan ke 1 Idaih (tikar yang diperbuat daripada daun nipah).
Pou akan bercampur dengan air sungai, yang diproses menggunakan Terusueng (baldi kon yang dibuat daripada daun pokok rumbia/Ukap Balau)
Pengekstrakan dilakukan dengan memijak dan menguli pou basah menggunakan kaki. Ini akan menghasilkan campuran air dengan kanji sagu mentah (Sei). Campuran ini akan di kumpulkan dalam bekas yang dipanggil Jalur. Selepas itu sei akan disimpan di bawah Jaluritu, iaitu satu lubang kecil pada akhir Jalur yang dikenali sebagai Serebut untuk mengalirkan air keluar.

Nyanan (Jagen)





4. Mela'uek (Membersihkan Kanji/Sei)


Sei di bawah Jalur akan dikumpulkan dan diletakkan di atas Tapih (Keju Kain) yang diletakkan pada Salui (Sampan). Sei dibasuh dan di perah banyak kali untuk mengeluarkan sebarang kekotoran.



5.Mengulud ( Menguli bahan-bahan untuk Sagu mutiara/bulat)


Kanji sagu mentah (Sei) akan dicampur dengan kelapa parut (benyuh parut), Beras bran (Dabou Padai) dan garam secukup rasa (Sia). Campuran ini akan diuli dengan menggunakan tikar daun Nipah khas yang dipanggil Kejangan. Proses menguli ini dipanggil Mengulud.


6. Mengugoh (Proses untuk kanji sagu mutiara)


Selepas Mengulud, campuran akan ditapis (Mengugoh) menggunakan Takueang (colender) yang digantung dengan tali. Ini akan membentuk campuran menjadi bijian bulat kecil.



7.Mu'ui (Memasak Sagu mutiara)


Mutiara sagu mentah dimasak pada dapur tanah liat yang dipanggil NUR. Mutiara sagu mentah mestilah dikalau agar sagu ini masak sepenuhnya.  Sagu mutiara yang telah masak dibiarkan untuk sejuk kemudian disimpan di dalam bekas yang ketat. Hasil sagu mutiara ini dipanggil Sagok dan boleh dimakan dengan ikan salai (Jekan Ipuong), Umai (salad ikan mentah) atau dengan kuah kari (Keliseh)


Siap!!!


Sagu


Nota conteng :: skrg proses pmbuatan sagu ini bukan dipijak ye..tapi menggunakan mesin di kilang.^^


sumber :: Mukah-subet sago

03 December 2011

Nangka yang seksi

Buah nangka diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Assalammualaikum wbt.....

hehe..hari ni kite nak citer pasal buah nangka.
Buah nangka sedap, manis dan besar.
betul tak..hehe.!

Kalau tak betul lepas ni tengok la gambar nangka ni betol ke tak besar dan sedap...hehehe

l
l
l
l
l
l
V

Model: adik aku la..haha

Kalau korg nak tau pokok buah ni ditanam di belakang umah kteorg je. Buah dia byk dan besar2 belaka.. Mama cakap buah yang satu ni antara yang paling kecil la size dia ni. Ada banyak lagi yang lebih besar daripada yang ni. Aku nak p tangkap gambar pokok dia tadi dgn buah2 nya sekali tapi aku tak tangkap pun gambar dia sebab buah2 dia tak nampak. Adik2 aku p balut buah ni dengan guni beras supaya serangga perosak tak rosakkan buah ni.. 

Tip harini..kalau nak makan nangka yang sedap. Mai la p rumah aku.hahaha
Gurau je.hihi...
 Tips dia ialah :: simpan isi buah nangka dalam peti sejuk. Lepas sejuk makan la.Sedap!!!

01 December 2011

Sagu Gula Melaka

Assalammualaikum wbt  semua. . . Keifa halukum?? Alhamdulillah hari ini kita masih berkesempatan untuk mencuba resepi baru... 

Baru-baru ni aku tengok rancangan Masterchef Malaysia kat astro ria. so aku terfikir la nak cuba resepi ni.  Resepi dia aku pandai-pandai je adjust ikut selera aku..hehe. tapi korang pun leh ikut gak kalau nak.

Bahan-bahan ~>


Bahan A :
2 gelas sagu
5 gelas air


Bahan B :
2 paket santan segera
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
5 ketul durian 


Bahan C :
2 Ketul (silinder) gula melaka
2 gelas air
1 helai daun pandan


Cara-cara untuk membuatnya ~>

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!




nota conteng : sedap sangat...cuba jangan x cuba ek! hihi



    26 March 2011

    Tips:mee segera


    Assalammualaikum ^_^


    hari nie saya nak kongsi tentang mee segera kat kawan-kawan semua.. mesti korang semua tau kan mee segera x baik untuk kesihatan...emm..tapi banyak yang masih 'gila' makan mee segera nie. sebab murah, segera, jimat, sekejap je nak sediakan.


     Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.


    oleh kerana saya x makan mee segera..sebab takut akan kesannya pada masa akan datang jadi....saya nak kkongsi tips ni kat korang semua..


    tips :


    (1) Rebus mee dalam air mendidih.
    (2) Bila mee kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
    (3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan me dan tutup api.
    (4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.



    *Kaedah ini biasa dilakukan untuk mee jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mee.


    Tahukah Anda ^_^
    > Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mee segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu.






    Pesanan Penaja : Amalkan gaya pemakanan sihat ^_^

    28 January 2011

    Happy Chinese New Year A.K.A Gong Xi Fa Chai


    As the holiday is coming, i want to wish happy holiday and happy chinese new year to all my friends and my grandparents that celebrate chinese new year. 

    Saya pun sambut ok!hahaha....kamu jak xtau.naaa...tapi sori la xda limau ek. no money no talk! haha. 

    saya suka makan limau mandrin time CNY. selalu makan makan makan je.sebab dapat banyak limau kalau kat rumah.  rindu nak makan limau byk2. hahaha....xpa la ...tahun ni saya escape jak makan limau.  btw Mr.Soh n Ms.Loi (Pensyarah P.Muzik) dh bagi 2biji limau haritu. Syukur lah nak.haha


    Gong Xi Fa Chai lagi t0o my ipo n akong. nak angpau..!!.......tapi orang jauh bah nie.wuwuuu
    dulu....dapat angpau masa g umah saudara tapi tahun nie x.wuwuuu....




    kalau kat umah dapat tengok tarian singa tiap-tiap tahun. singa menari di sekitar kawasan kediaman kami kutip angpau. seronok juga. tung tung tung tung tung ceyy...haha..ada mercun lagi.haha.tapi tahun nie x dapat tengok.haha...faham-faham la.orang dah la jauh di perantauan nie. xdapat balik kampung.


    Chill Out!!

    27 November 2010

    Today's Recipe

     Assalammualaikum ^_^


    Today's entry is about Pasta..yummy Pasta a.k.a. Spageti. . . . .
       Ok...mula-mula Chef Fiqa akan gtau bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Spageti feberet Fiqa nie ok.(selalu perasan mow jadi chef) Sebelum tue, diingatkan untuk mencari bahan-bahan ini di kedai berdekatan sahaja yer..emm kalau xde tpaksa drive jauh2 la..ngee~


    Bahan-bahan :-

    1. San Remo Pasta Sauce perasa Mushroom&Tomato
    (korg leh pilih perasa pasta sauce kesukaan korg-1 botol cukup)
    2. San Remo Pasta Spageti(pasta yg bulat ok-2 bungkus)
    3.Bawang Besar (2biji-potong dadu)
    4. Bawang Putih ( 3 ulas-cincang halus2)
    5.Daging Cincang (beli dlm bungkus-5oo gram)
    6. Minyak/garam/ajinamoto/gula (sikit jer-utk goreng dan menambah perasa secukup rasa yer)




    Lepas korang berlari atau merempit ke pekan atau kedai berdekatan utk membeli bahan2 ini, Chef Fiqa akan tunjukkan cara utk membuat Pasta Sauce nie pulak k. Anda dh bersedia?? k..duduk bgus2 n tgok baik2 apa Chef Fiqa buat k. Jgn salah langkah lak nti.

    Mula2, hidup-kan dapur gas atau kayu api atau dapur yg guna minyak tanah korang. 
    Then,panas-kan kuali dan masukkan minyak(pandai2 la anggarkn byk mna minyak tu ek) 
    dan tggu sampai minyak panas pulak k.
     Pastu, masuk-kan bawang putih dulu.. . . tunggu dan kacau ok. . .
    Pastu masuk-kan bawang besar berbentuk dadu tadi dan goreng lah beliau smpai kuning dan keluar semua air/minyak nya. Bila air/minyak beliau tadi dh byk kuar, masuk-kan pulak daging cincang. 
    Goreng daging cincang tu beberapa minit. Pastu masuk-kan Pasta Sauce Mushroom&Tomato tadi ke dalam kuali bersama beliau2 yang telah digoreng yer..
    Pastikan bahan-bahan tersebut benar-benar bercampur yer.....ok..skrg puan2 leh rasa pasta sauce tue...
    apalah rasanya tue....haaaa....kurang rasa?tawar?jom kita amik garam/ajinamoto/gula sikit yer dan kita renjis-renjiskan/lempar-lemparkan mereka ke dalam bahan-bahan kita tadi...ok..skrg gaul/kacau perlahan-lahan. 
    Korg leh masuk-kan sedikit air untuk mengurangkan kekeringan pasta sauce anda apabila sekian lama nti ya.
     Selepas beberapa minit kita rasa balik...sluurppp....emmm..ok dah kot....pastu, kita tunggu pasta sauce kita mendidih yer puan2 dan tuan2.tadaaaa..ok dah sudah.tutup api dapur korang ek.


    yummy pasta

    Ok puan2 dan tuan2,pasta sauce pun dan siap kan,skrg kita sediakan pulak mee Spageti nya pulak. 
    Senang jer.So peanut ya puan2 da tuan2 :p

    Mula-mula, masuk-kan mee spageti tersebut ke dalam bekas/kuali/periuk/belanga/apa2 saja bentuk bekas yg sesuai lah yer puan2 dan tuan2.
    Kemudian, puan2 tuangkan/simbahkan/renjiskan air secukup nya ke dalam bekas berisi mee spageti tersebut.Ya....begitu lah puan2...pandai...(hehehe..)
    Rebus lah sehingga beberapa minit/jam/hari/minggu yer.sehingga anda rasa mee spageti tu dah cukup kembang dan lembut utk dimakan dan ditelan dan dihadam.

    Lepas kita siapkan semua.Kita hidangkan lah Spageti tu. Ambillah mee Supageti dan pasta sauce tersebut sebanyak mana yg anda mahu dan masukkan ke dalam pinggan anda dan makan sehingga kenyang dan buncit yer ...

    Terima kasih Chef Fiqa. Sangat sedap sampai menjilat sudu aku dibuatnya.Memang febret kite la nie..hehe....ok.tu jer...esok nak makan lagi.Jangan jeles~ ;P


    yummy spageti






    Daisypath Anniversary tickers

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...