iklan

04 April 2010

apa makna nya cinta??


Apabila timbulnya masalah dalam sesuatu perhubungan, pastinya masing-masing cuba untuk mengatasinya. Ketika itulah pelbagai cara yang difikirkan. nak merayu, takut tak dilayan. nak minta maaf, takut tak dimaafkan. nak mengharapkan sesuatu, takut harapan tu akan berkecai. susah rupanya bila bercinta. lagi susah apabila orang yang dicintai itu adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. dan bertambah susah lagi apabila orang yang bermakna itu bakal meninggalkan kita keseorangan. hidup dah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya. manusia yang hilang arah tujunya. insan yang hilang tempat untuk berpaut. ibarat pohon yang tiada sokongan. layu lalu terus mati tanpa rasa belas kasihan.





apabila menyintai seseorang, perkara pertama yang paling diharapkan adalah kasih sayang daripada insan yang dicintai. selain itu, sokongan dan keprihatinan yang diperlukan dalam apa jua keadaan sekalipun terutama sekali ketika berada di saat-saat genting. pada saat kita memerlukan seseorang yang boleh berada di samping kita di kala suka mahupun duka. insan yang kita boleh harapkan. insan yang akan menyayangi kita lebih daripada kasih sayang yang pernah kita perolehi selama ini. kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. dengan kasih sayang itulah, kita mampu berdiri teguh. dengan kasih sayang itu jugalah, kita mampu melawan segala dugaan, rintangan dan ujian yang bakal kita tempuhi.





kasih sayang itulah yang menjadi penawar dalam hidup kita. biar racun sekalipun yang kita telan, segalanya dapat diatasi dengan kasih sayang tersebut. begitu bermakna sekali kasih sayang itu dalam hidup kita. sekali kita mengecapinya, jangan cuba untuk melepaskannya. kerana sekali kita melepaskan kasih sayang itu, tidak mungkin kita akan perolehi kasih sayang yang sama daripada insan lain biarpun insan itu jauh lebih sempurna daripada yang sebelumnya. sekali insan yang hadir dalam hidup kita adalah insan yang paling kita perlukan, jangan sekali-kali melepaskannya kerana tidak mungkin kita akan berjumpa dengan insan yang sama biarpun insan yang selepasnya dapat memberikan kita kasih sayang yang tidak terhingga. ibarat pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. yang tumbuh takkan sama dengan yang patah. begitu jugalah dengan yang menggantikannya. takkan sama dengan yang hilang.





hidup di alam percintaan memerlukan pengorbanan yang besar. percintaan yang ikhlas kerana Allah S.W.T adalah percintaan yang diredhai dan diberkati, insya-Allah. namun, bukanlah bila bercinta kita sanggup mengorbankan segala-galanya. cinta sejati memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. bukan dengan mengorbankan diri kerana insan yang dicintai, tetapi dengan mengorbankan hati dan perasaan kita hanya kepada insan yang kita cintai. ketika itulah, kita sedar bahawa betapa besarnya kuasa cinta itu sendiri. lebih-lebih lagi apabila percintaan itu berlandaskan syariat dan batasan-batasan dalam Islam. percintaan yang hanya berlandaskan nafsu dan maksiat adalah percintaan yang sia-sia. bukan setakat hilangnya maruah diri, namun hidup kita tidak dirahmati oleh Allah S.W.T ( nauzubillahi minzalik ). bila bercinta, pastinya hidup ini begitu indah. dalam keindahan itulah, pelbagai ujian yang datang. jika kita bercinta kerana Allah, pastinya kita sedar apa yang kita lakukan. jika kita bercinta kerana nafsu, pastinya syaitan datang mengganggu. kerana itulah, dalam tak sedar kita melakukan maksiat sekalipun hanya berpegangan tangan. mungkin bagi sesetengah manusia, itu adalah perkara biasa. namun, dalam Islam hukumnya tetap haram dan berdosa. kita bukan sahaja dilarang daripada melakukan maksiat, tetapi kita juga dilarang daripada menghampiri maksiat. seperti dalam hadith, "La taqrabuzzina" yang bermaksud 'Jangan menghampiri zina'. sedarlah wahai insan. hidup ini tidak melarang untuk kita berkasih sayang, namun biarlah ada batasannya.




jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T. insya-Allah perhubungan kita akan diredhai dan diberkati seterusnya berkekalan hingga ke akhirnya. 'Bercinta dengan bunga, bunga akan jadi layu. Bercinta dengan dunia, dunia akan rosak binasa. Bercinta dengan manusia, manusia akan mati. Bercinta dengan Allah, itulah yang kekal abadi'. semoga Allah merahmati segala perhubungan kita. Amin...





10 peringatan bumi kepada isinya



==========================

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan

keindahan dunia yang

hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa

berkata-kata dengan

manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan

leka.

 
Berkata Anas Bin Malik r.a;

 
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia

dengan sepuluh

perkara.

 

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku,

tetapi ingatlah!

Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.



2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi

ingatlah!

Engkau akan diazab di dalam perutku.



3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!

Engkau akan

menangis di dalam perutku.



4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi

ingatlah! Engkau

akan kecewa di dalam perutku.



5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi

ingatlah!

Engkau akan menyesal di dalam perutku.



6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,

tetapi

ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam

perutku



7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan

dihina di dalam perutku.



8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,

tetapi ingatlah!

Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan

dukacita.



9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,

bulan dan

bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan

tinggal dalam

kegelapan di dalam perutku.



10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,

tetapi ingatlah!

Engkau akan keseorangan di dalam perutku.





Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...