iklan

17 June 2011

Favourite word bagi kaum wanita

Assalammualaikum wbt..


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.


TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. 



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

22 May 2011

wanita berpurdah itu.

Assalamualaikum ila ikhwan wa akhowat :)


selamat mnghayatinya kisah ini,barakaallahufikum :) renung2kan dan selamat beramal ^___^

Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya.


Dia berpaling kepadaku, seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.


Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid, memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata ganjil. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.


Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika kepadaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu disebalik purdah hitamnya.
"Adakah ini khayalanku sahaja?" Bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu. "Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa di hadapan, masih tak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan sehingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka...
Sebuah perkuburan lama.






Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara.

Dalam 60 langkah di antara kami, aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.




Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang, tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu.

Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.






"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik.
"Dan bawakan kuncinya."
Aku akur...





"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu.
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.
"Buanglah," ujar wanita itu sambil ketawa.
"Tadi kau tak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku ke mari?"
Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir.
"Apa yang kau risaukan? Pergilah buang kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?"

Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajahnya sebenar. Bukan wajah segar seorang gadis remaja. Tapi, kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

"Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi .

"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu !
Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku...
Di dalam kuburmu.
Mari... Mari..."

Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa sehingga dia hancur menjadi debu dan lilin itu padam satu demi satu,
dan kegelapan menyelubungi suasana.



ASTAGHFIRULLAHHALADZIM...


Dalam sebuah riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilngi hidangan mereka."

Ada yang bertanya, apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?

Rasullullah s.a.w menjawab:
"Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.

Ada yang bertanya, apakah al-wahn itu wahai Rasullullah?
Jawab Baginda "Cintakan dunia dan bencikan mati."



Wallahuallam ....



nota kaki :: AC xnak jatuh perigi
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...