iklan

16 April 2011

Info :: RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Salam'alaik..fiqa nak share info tentang solat pula hari ini. 


Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara
kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat
kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat kita
telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.


Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan diatas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground )sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.


Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas
otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan
otot-otot kaki.Pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.


Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk,kemudian kita sujud
lagi & selepas itu kita berdiri kembali.Dalam gerak badan kali ini
kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot
di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah
dan lain-lain otot lagi.


Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk; pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat.Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.


Kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan
oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah
tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.


Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang
selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari
tidur malam.


nota conteng :: dlm solat pun dapat bersenam.ye dak.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...