iklan

06 March 2011

Bila rasa itu C.I.N.T.A

Assalammualaikum ^^,

kali nie fiqa nak share entry pasal cinta..ehemmm...hehe..lama x cerita pasal cinta kan renung-renungkan lah . . .

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
semua nya betul2 buat saya risau dan takut akan memberi hati pada orang yang tidak sepatutnya. tolong ingatkan saya selalu supaya tidak terleka.

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
jika tidak, maka dia bukan ditakdirkan untuk kamu. sesungguhnya seseorang itu pasti akan mendapat cintanya bila tiba masanya. sabar lah ya. 

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
situasi ini membuat kita takut untuk mencintai. apa kan daya adalah lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. tapi sekiranya cinta tidak berbalas atau cinta dikecewakan jangan la bersedih kerana ia adalah ujian untuk menguji ketabahan diri kita dalam bercinta. terima lah apa adanya kerana seseorang pasti menanti kita di suatu tempat yang kita tidak ketahui. 

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


nota conteng :: cinta yang suci adalah cinta yang diredhaiNya yakni cinta selepas kahwin

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...