iklan

07 December 2011

Guna jari pun boleh ^^

Assalammualaikum..

eh! eh! apa yang guna jari pun boleh tu.. macam iklan syampoo rejoice rich je nih...hihi.. Lebih kurang la kot.. sebab tajuk entry nie pun pasal rambut gak.



Ok2. Macam nie. msa aku dok kat hostel, kawan2 aku ada tegor n tanya aku pernah rebonding rambut ke atau stim rambut..dialog dia lebih kurang gini r.. #eh2..cik d**, cantiknya rambut awak. awak pernah rebonding rambut ke? or buat rawatan rambut ke ape ke..pastu aku gelak...dengan mengadenye aku cakap. #taklah..guna syampoo jer..hahah

Pastu kawan aku buat muka T_T je dgr jawapan aku.haha.

Sebenarnya ada rahsia disebalik cerita guna jari pun boleh ni...nak tau??? teruskan membaca...^_^

Masa aku kecil2 dulu sampailah sekarang aku selalu amalkan beberapa petua orang tua-tua..ntahla...
Pertama, aku pakai minyak kelapa yang nenek aku buat sendiri. fresh dan berbau.. aku benci bau minyak kelapa.benci sangat..tapi aku pakai juga sebab masa aku kecik2 dulu mak aku yang slalu pakaikan minyak kat kepala aku...Aku teruskan pakai minyak ni sampaila aku sekolah menengah. aku berhenti pakai minyak ni sebab, lama-lama aku makin tak tahan dengan bau minyak kelapa ni. dan aku rasa aku alergik dengan minyak2 yang sapu kat kepala. so aku berhenti pakai minyak kepala masa aku form 3 kot. n sampai sekarang aku tak minyak rambut pun lepas mandi. sebab xsuka. ;p....tapi..hasil daripada memakai minyak kelapa nie betul2 berkesan tau. sebab minyak kelapa nie banyak khasiat dia. ce google....aku malas nak cite pjg lebar k..hehe...

ok..next..ada dua lagi cara nak cantikkan rambut. iaitu, daun bunga raya dan serai....

dulu...ni pun dulu gak..sebab aku dh amalkan ni dari dulu2 time sekolah rendah.hehe...sekarang xde dah..takde masa dah aku nak main bunga segala bunga ni...macam ni,,mula-mula petik daun bunga raya beberapa helai..tak kisahlah bunga raya warna merah ke.kuning ke..pink ke...biru ke..*ade ke*hehe
ok..pastu rebuskan daun bunga tu..air tu xyah banyak sangat..ckit2 je dah..pastikan sebelum rebuskan daun tu, ramas2 daun tu dulu,mcm kite nak masak sayur daun cangkuk...haaa..camtu la...rebus kejap je.lepas mendidih terus padam..kalau nak tau, hasil rebusan tadi tu macam lendir. ambil daun yang dh direbus tu calit2 r kat rambut. pastu balut rambut ngan kain tuala....biarkan 15minit gitu..cuci rambut.. siap..bt 3 kali seminggu pun ok kot..

lastly...petua serai plak.Petua yang ni lebih kurang same je ngan daun bunga raya tadi.. cara-caranya ketukkan serai tu.pastu rebusla..lepas rebus tu...siram air serai tu kat rambut#tggu lepas air tu sejuk la k# pastu balut dengan kain tuala dan tunggu 10-15 minit camtu.....camtu je..aku takdenye pergi salon nak buat rambut ke ape ke...kalau korang rajin nak try bende2 ni,try je la..mna la tau berkesan gak kat korg..insyaAllah...^^

Selamat mencuba ^^

04 December 2011

Sagu

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Mun enda bibah Ungun, enda lah pekena sei


Dalam entry kali ini, kita akan mempelajari proses membuat sagu mutiara. Sagu ini diperbuat daripada kanji Sagu (Sei). Orang Melanau mengamalkannya sebagai makanan ruji. Pokok sagu (Metroxylon sagu) juga dikenali sebagai "Pokok Kehidupan" oleh orang Melanau.

Tujuh langkah untuk membuat Sagu ialah ::

1. Tubeng Balau ( Menebang pokok balau/rumbia)


Pokok sagu yang ditebang hanyalah pokok yang sudah cukup matang dan mempunyai banyak kanji. 1 batang pokok rumbia yang matang boleh mengahasilkan 150 hingga 300 kg kanji

2.Marut (memarut empulur sagu)


selepas mengeluarkan kulit (ungun) pokok rumbia (Balau), empulur sagu (Sei Balau) akan diletakkan pada Lagan. Lagan dibuat daripada dua balak yang diikat dengan ruang yang kecil di antaranya. Shredder (Pemarut) akan digunakan untuk membuat Pou (mencincang empulur sagu) 


3.Menyak (Mengeluarkan Sagu kanji-Sei)


Hasil Pou akan dibawa ke rumah pengekstrakan yang dipanggil Nyanan (atau Jagen). Terdapat Pou yang akan diletakkan ke 1 Idaih (tikar yang diperbuat daripada daun nipah).
Pou akan bercampur dengan air sungai, yang diproses menggunakan Terusueng (baldi kon yang dibuat daripada daun pokok rumbia/Ukap Balau)
Pengekstrakan dilakukan dengan memijak dan menguli pou basah menggunakan kaki. Ini akan menghasilkan campuran air dengan kanji sagu mentah (Sei). Campuran ini akan di kumpulkan dalam bekas yang dipanggil Jalur. Selepas itu sei akan disimpan di bawah Jaluritu, iaitu satu lubang kecil pada akhir Jalur yang dikenali sebagai Serebut untuk mengalirkan air keluar.

Nyanan (Jagen)





4. Mela'uek (Membersihkan Kanji/Sei)


Sei di bawah Jalur akan dikumpulkan dan diletakkan di atas Tapih (Keju Kain) yang diletakkan pada Salui (Sampan). Sei dibasuh dan di perah banyak kali untuk mengeluarkan sebarang kekotoran.



5.Mengulud ( Menguli bahan-bahan untuk Sagu mutiara/bulat)


Kanji sagu mentah (Sei) akan dicampur dengan kelapa parut (benyuh parut), Beras bran (Dabou Padai) dan garam secukup rasa (Sia). Campuran ini akan diuli dengan menggunakan tikar daun Nipah khas yang dipanggil Kejangan. Proses menguli ini dipanggil Mengulud.


6. Mengugoh (Proses untuk kanji sagu mutiara)


Selepas Mengulud, campuran akan ditapis (Mengugoh) menggunakan Takueang (colender) yang digantung dengan tali. Ini akan membentuk campuran menjadi bijian bulat kecil.



7.Mu'ui (Memasak Sagu mutiara)


Mutiara sagu mentah dimasak pada dapur tanah liat yang dipanggil NUR. Mutiara sagu mentah mestilah dikalau agar sagu ini masak sepenuhnya.  Sagu mutiara yang telah masak dibiarkan untuk sejuk kemudian disimpan di dalam bekas yang ketat. Hasil sagu mutiara ini dipanggil Sagok dan boleh dimakan dengan ikan salai (Jekan Ipuong), Umai (salad ikan mentah) atau dengan kuah kari (Keliseh)


Siap!!!


Sagu


Nota conteng :: skrg proses pmbuatan sagu ini bukan dipijak ye..tapi menggunakan mesin di kilang.^^


sumber :: Mukah-subet sago
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...