iklan

28 January 2011

Happy Chinese New Year A.K.A Gong Xi Fa Chai


As the holiday is coming, i want to wish happy holiday and happy chinese new year to all my friends and my grandparents that celebrate chinese new year. 

Saya pun sambut ok!hahaha....kamu jak xtau.naaa...tapi sori la xda limau ek. no money no talk! haha. 

saya suka makan limau mandrin time CNY. selalu makan makan makan je.sebab dapat banyak limau kalau kat rumah.  rindu nak makan limau byk2. hahaha....xpa la ...tahun ni saya escape jak makan limau.  btw Mr.Soh n Ms.Loi (Pensyarah P.Muzik) dh bagi 2biji limau haritu. Syukur lah nak.haha


Gong Xi Fa Chai lagi t0o my ipo n akong. nak angpau..!!.......tapi orang jauh bah nie.wuwuuu
dulu....dapat angpau masa g umah saudara tapi tahun nie x.wuwuuu....




kalau kat umah dapat tengok tarian singa tiap-tiap tahun. singa menari di sekitar kawasan kediaman kami kutip angpau. seronok juga. tung tung tung tung tung ceyy...haha..ada mercun lagi.haha.tapi tahun nie x dapat tengok.haha...faham-faham la.orang dah la jauh di perantauan nie. xdapat balik kampung.


Chill Out!!

Patut kah saya ber'couple' ? Part 1

Masa muda-muda dulu saya selalu menonton filem melayu mahupun filem asing di televisyen. Dan dalam filem-filem itu saya nampak banyak kali 'couple' yang bercinta sebelum kahwin. Dulu, saya pernah terfikir perlukah orang dewasa 'itu' bercouple sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Amboi. kecil-kecil dah fikir benda camni ye..bukan gatal yer.tapi saya nie jenis yang suka nak tahu semua perkara. kadang-kadang macam bahaya sikit 'kesukaan' saya ni kan. Tapi alhamdulillah masih dalam kawalan. Tapi naluri kanak-kanak saya masa tu sangat la tidak selesa kerana terpaksa menonton walaupun xmahu kan. Yalah, astro kan macam-macam ada.^^

jikalau cerita pasal bercouple atau berkasih sayang nie memang saya bingung sikit.kadang kala bingung banyak pula.haha..

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum kahwin?? entah la. kadang-kadang saya fikir macam tak perlu, kadang-kadang fikir macam perlu kot. Jadi apa sebab nya saya berkata begitu.emmm..nantilah..ok b4 tu sy nak definisikan dulu mksud ber'couple ni dgn lebih jelas lagi supaya anda..anda..anda jelas,ok!

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya. Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

will be continue . . . .
nantikan jawapan bagi persoalan ini -__-
sebab dah lewat malam.esok la sambung citer.^^




Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...