iklan

28 January 2011

Patut kah saya ber'couple' ? Part 1

Masa muda-muda dulu saya selalu menonton filem melayu mahupun filem asing di televisyen. Dan dalam filem-filem itu saya nampak banyak kali 'couple' yang bercinta sebelum kahwin. Dulu, saya pernah terfikir perlukah orang dewasa 'itu' bercouple sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Amboi. kecil-kecil dah fikir benda camni ye..bukan gatal yer.tapi saya nie jenis yang suka nak tahu semua perkara. kadang-kadang macam bahaya sikit 'kesukaan' saya ni kan. Tapi alhamdulillah masih dalam kawalan. Tapi naluri kanak-kanak saya masa tu sangat la tidak selesa kerana terpaksa menonton walaupun xmahu kan. Yalah, astro kan macam-macam ada.^^

jikalau cerita pasal bercouple atau berkasih sayang nie memang saya bingung sikit.kadang kala bingung banyak pula.haha..

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum kahwin?? entah la. kadang-kadang saya fikir macam tak perlu, kadang-kadang fikir macam perlu kot. Jadi apa sebab nya saya berkata begitu.emmm..nantilah..ok b4 tu sy nak definisikan dulu mksud ber'couple ni dgn lebih jelas lagi supaya anda..anda..anda jelas,ok!

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya. Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

will be continue . . . .
nantikan jawapan bagi persoalan ini -__-
sebab dah lewat malam.esok la sambung citer.^^




4 comments:

  1. salam... bg akak,i2 smua dr dyg jee... hehe..akak xbleh lrg c0z akak pun brkapel2... huhu... jd wat lah kputusan yg baik n dpat bg kpuasan pada diri dyg.. n ingat jaga maruah sbg WANITA JIKA dyg brkapel.... aminn...

    ReplyDelete
  2. salam.insyaallah kak.hehe..setakat nie sya lom bkapel-kapel lagi. try mengelak pkara x diingini berlaku bah.hehe..insyaallah sy akan jaga diri dgn baik. akak pun sama gak.hehe.nice.thanks kak.

    ReplyDelete
  3. xyah2 hahahahhaha be sngle best ap hihih

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...