iklan

28 January 2011

Selamat Datang Ke Dunia Kepimpinan!


Assalammualaikum wbt ~

Peace no war again from me. . .

Pada entry kali ini saya ingin mengetengahkan isu tentang DUNIA KEPIMPINAN. seperti yang kita semua tahu dunia kepimpinan  dipenuhi dengan pelbagai  cabaran. Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah sahsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah generasi cemerlang.Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain. 

Daripada pembacaan saya beberapa hari yang lalu, saya telah menggariskan beberapa point yang harus dititikberatkan untuk menjadi pemimpin cemerlang. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkalibel :-

  • Pemimpin Berilmu
          Ilmu memainkan peranan penting dalam melahirkan pemimpin yang unggul. Persoalannya, adakah sama pemimpin yang berilmu dan pemimpin yang tidak berilmu?  Tanpa ilmu pemimpin itu akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung yang hanya memimpin setelah diarahkan oleh orang lain. Jadi, bagi mengelakkan pemimpin kita berada sekandang dengan lembu-lembu yang dicucuk hidungnya , ini kita haruslah bijak dalam memilih pemimpin kerana seorang  pemimpin yang berilmu pasti mendapat  kepercayaan masyarakat untuk menangani sebarang masalah yang menimpa. ^^
  • Pemimpin Sebagai Idola
          Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat. chewah..haha.Seorang pemimpin yang bijak bercakap tidak semestinya boleh melakukannya secara praktikal. Oleh itu, di samping bijak 'berbahasa'dan pandai 'mentazkirah' orang lain, pemimpin harus  mengamalkan apa yang dikata. Seperti kata-kata 'cakap serupa bikin'. Contoh melalui tauladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Jika elok acuan maka eloklah kuihnya, jika rosak acuan kuih maka tidak terbentuklah kuih seperti yang diingini. 
  • Sanggup Menghadapi Tribulasi Untuk Mencapai Matlamat
          Seperti yang kita semua tahu, setiap manusia akan diuji. Tatkala seorang pemimpin itu diuji, sama ada berjaya atau gagal adalah  ditentukan oleh kekuatan asas yang terpasak dalam diri seseorang.Mereka yang lemah dari sudut material dan rohani terutamanya pasti akan tewas dengan mudah dan jatuh tersungkur ketika menghadapi saat-saat tegang mereka.Seorang pemimpin juga bukan hanya memimpin mengikut kemahuan nya sahaja tetapi seorang pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyatnya akan mengambil kira kemahuan yang telah disuarakan oleh rakyatnya. Dengan mengambil point tersebut, seorang pemimpin itu akan dapat menghadapi tribulasi yang dihadapinya dalam mencapai matlamat sebagai seorang pemimpin yang berkesan.

Ketiga-tiga faktor di atas bakal melayakkan kita menerajui negara bahkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menjadi polis dunia menggantikan Amerika yang mengaku berjaya memimpin dunia ke arah keamanan tetapi sebenarnya ke arah kemusnahan. Pemimpin dunia abad akan datang wajar diwarisi oleh pemimpin yang akan 'meneutralkan' dunia sebelum menjadi padang jarak padang terkukur. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencipta seorang pemimpin yang tulen sebagaimana yang pernah diciptakan oleh 'tokoh-tokoh' yang terdahulu. 

Wallahu a’lam.

will be continue . . . insyaallah . .

by me, Aku Conteng.




Anda juga boleh merujuk di sini untuk bacaan lebih tentang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...