iklan

03 December 2011

Aku bukan Aku lagi

Assalammualaikum wbt...
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

kisah Aku bukan kisah aku. nak dijadikan cerita pada suatu hari seorang akhwat bertanya kepada Aku.

Senior : Dik, apa yang membuatkan adik tiba-tiba berubah penampilan begini.
Aku : Saya rasa saya PERLU berubah. Banyak perkara dalam hidup ni telah menjadi sia-sia begitu sahaja. Saya tak nak jadi orang yang jahil.Hati saya tiba-tiba mendapat hidayah untuk berubah.
Senior : Bukan sebab seseorang ke?
Aku : Tak..saya rasa saya ada banyak sebab untuk berubah kak. dan saya rasa saya wajib berubah ke arah yang lebih baik lagi. Tiap kali saya nampak kakak dan sahabat2 lain, sikap mereka, pergaulan mereka, cara pertuturan, hati saya jadi tersentuh . Dan saya terfikir..kenapa tidak saya ubah sikap saya menjadi lebih baik. Suatu hari tu saya lepak di bilik sahabat saya ni...saya tengok-tengok la dia tengah menjahit tudung labuh dia. Saya pun tanya leh cuba tak..Terus saya rembat pakai tudung tu kat situ. Tiba-tiba hati saya rasa senang je sebab tengok muka saya conel sangat time tu..hahaha..gurau je kak.
Senior : Sepanjang adik berpakaian begini takde ke orang dok kutuk-kutuk adik ke.cakap adik macam ni macam tu. Ade tak..
Aku : Alhamdulillah kak sepanjang saya dah berpakaian begini takde mulut jahat celupar cakap kat saya apa2. Tapi tak tau la kalau di belakang2 kan,yg mengata org...heee
Senior : Family adik plak camna, tak heran ka tengok adik tiba2 je berubah.
Aku : Family saya ok je kak. Malahan suka ada la.
Senior : Nantikan..kalau ada apa-apa yang adik nak share jangan pendam sorg2 tau. Adik share la masalah ke kat kawan2 tu, akak sendiri pun boleh...dulu akak pun macam adik..Tapi masa akak mula-mula nak berubah memang banyak cabaran. Ada yang kutuk akak. Akak sabar je.Sebab akak tau Allah hanya nak menguji kuat tak iman kita tu. Masa tu akak takde kawan2 tempat share masalah. Akak pendam sorang2. Kalau balik rumah baru akak crite kat mak n kakak akak.
Aku : Mungkin kat tempat kita ni atmosphere ni dkelilingi dgn org baik2 kot kak jadi takde yg dok kutuk2.  Kalau saya terima ujian macam akak tu, insyaAllah saya akan kuatkan iman, sabar dan paling penting prinsip saya sebagai seorang Muslimah. huhu..akak, dah azan la. Saya nak p ambil wuduk jap.terbatal tadi..hehehe

**Dalam hati ku...tak siapa yang tau....mungkin ini adalah jalan yang Allah telah tunjukkan buat diri ku yang pernah diselubungi kejahilan dalam mendalami Islam. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah dan InsyaAllah, semoga Aku Istiqomah selalu.**

Jangan takut untuk berubah kerana itu adalah jalan yang diredhainya.

**Dulu aku impikan sesuatu yang lain, tapi kini aku impikan sesuatu yang diredhaiNya.
Sebuah persahabatan yang diredhai, tiada percintaan sebelum akad, pergaulan yang terjaga, keselamatan terjaga,hati yang tenang, berbelanja ke arah kebaikan a.k.a bersedekah, menjaga penampilan yang menutup aurat, jiwa yang tenang, kecintaan terhadap Islam semakin bertambah**

**Aku impikan sinar mentari yang memancar indah, tetapi Allah turunkan hujan. Aku sedih dan berlalu pergi. Tiba-tiba Allah datangkan pelangi yang indah. Aku jadi terleka kerana keindahannya ciptaannya. Lalu aku menyedari bahawa ada hikmah disebalik perancangan-NYA itu.**






No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...