iklan

04 December 2011

Kisah Sagu



Tiong ialah anak seorang petani sagu. Dia memang biasa membantu bapanya di dusun. Ada harinya mereka memotong tumbuhan yang menjalar naik ke batang rumbia, ada harinya mereka menanam sulur untuk pokok rumbia baru. Malangnya, Tiong tidak begitu gemar bertani; dia lebih suka memancing. Setiap petang, dia akan berlari ke sungai dengan kawan-kawaannnya. Mereka akan memasang bubu dan mereka menggunakan pancing. Kadang-kadang, bapa Tiong membawa dia ke laut di dalam perahunya, masa itulah Tiong benar-benar gembira!


Satu pagi, semua budak kampung keluar dan berjalan ke sungai kecil untuk memasang bubu mereka.

“Boleh saya ikut mereka?” Tiong meminta kebenaran bapanya. 

“Pagi ini tidak boleh,” jawab petani itu. “Hari ini kita akan pergi menebang pokok rumbia di dusun dekat dengan bukit kecil itu. Kamu boleh pergi memancing petang nanti, anakku.”
“Baiklah, bapa,” budak lelaki itu menjawab, tetapi dia tidak begitu gembira dengan jawapan bapanya.
Kedua-dua mereka pun memulakan perjalanan ke dusun pokok rumbia. Selepas mereka mendayung sampan untuk beberapa lama, bapanya mula mendayung ke arah tepi sungai.
“Dari sini kita mesti berjalan, “ dia berkata: “dusun in jauh dari sungai.”
Mereka mengambil bakul , parang dan kapak mereka dan mula berjalan menyusuri denai kecil. Tanahnya lembut dan berpaya. Beribu-ribu serangga berdengung dalam suasana yang panas itu. 
“Berapa jauh lagi, bapa?” Tiong bertanya.
“TIdak jauh lagi,” jawab bapanya. Tetapi untuk seorang kanak-kanak, ia memang terasa begitu jauh sekali.



Cahaya matahari pula memancar dengan begitu terik, reriang pula mengeluarkan bunyi yang membosankan. Tiong teringatkan kawan-kawannya yang sedang berada di tepi sungai, memancing,atau mungkin sedang berenang dan anginnya terus menjadi tidak baik.

Selepas pokok rumbia itu ditimbangkan dan dipotong, bapa Tiong mengambil dua daripada batang yang telah dipotong itu, mengangkatnya ke atas bahunya dan mula berjalan ke arah perahu mereka.

“Cepat, Tiong!” dia berkata kepada anaknya. “Kamu dah cukup besar untuk mengangkat satu batang. Cepat angkat!”



“Baiklah, bapa,: budak itu menggumam sambil menarik muka dan mengangkat bahagian hujung batang itu. Dia cuba menariknya tetapi ia asyik tersangkut pada tanah yang tidak rata itu. Kemudian dia menangkut batang itu seperti bayi dan berjalan sedikit. Batang itu sangat berat; tidak lama kemudian, dia meletakknya ke bawah semula.




Dia mendengar tapak kaki menghampirinya bapanya telah mengambil dua batang yang telah dipotong dan sedang berpusing balik untuk mengambil lagi batang-batang rumbia yang lain.

Dengan pantas, Tiong mengangkat batang yang sepatutnya diangkat itu. Dia memikul batang itu di atas bahunya dan mula berjalan.

“Bagus!” bapanya memuji bila melewatinya sambil membawa dua lagi batang yang besar dan panjang itu. 
Sebaik sahaja bapanya hilang dari pandangan, Tiong menjatuhkan bebannya ke tanah.
“Aku panas dan letih,” dia merungut dengan suara yang kuat. “jika bukan disebabkan batang rumbia yang bodoh ini, aku tentunya sedang bermain dengan kawan-kawanku. Dia menendang batang itu dengan kakinya.



“Pokok rumbia berat, tak berguna! Kenapakah ia tak tumbuh di tepi sungai! Kenapakah ia begitu menyusahkan!” dan dia menendangnya sekali lagi. Pada waktu itu, bapanya datang menyusuri denai menghampirinya sekali lagi. Harap-harap dia tidak dengar apa yang aku katakana tadi. Tiong berbisik kepada dirinya sendiri, dan dengan pantas mengutip batang rumbia itu semula. Kali ini dia mengangkat hingga sampai ke perahu. Bersama-sama mereka mengikat rakit yang panjang dan menariknya pulang ke rumah mereka.



Bapa Tiong tidak mendengar betapa biadapnya kata-kata anaknya itu terhadap batang rumbia itu. Dia tidak melihat budak jahat itu menendang batang rumbia itu. Tetapi ada yang mendengar apa yang dikatakan dan melihat apa yang dilakukan oleh budak itu- semangat hutan. Semangat ini menjaga hutan dan dusun pokok rumbia. Semangat-semangat itu semua begitu marah dan mebuat keputusan untuk membalas kepada semua orang dosa seorang budak yang malas,.




Keesokan paginya, bapa Tiong menyusun batang rumbia itu di atas tikar di hadapan rumah mereka. Dia menyanyi dan menunggu, dan menunggu. Dan menunggu dan menunggu – tetapi taida apa yang terjadi. Tiada tepung sagu mencurah keluar dari batang rumbia yang sudah dibelah itu ke atas tikar.

Ganjilnya, diterfikir, apa pula yang tersilap? Kemudian dia terdengar jirannya di rumah seberang sungai menyanyikan lagu sagu.




Kenapa pula dia menyanyi begitu kuat, bila Tiong berfikir. Dia nampak beberapa orang sedang berdiri di beranda menyanyi sekuat hati mereka. Dan masih tiada apa-apa yang berlaku. Tiada tepung halus muncul. Batang-batang rumbia yang terbelah itu duduk diam di situ seperti batang kayu biasa sahaja.

Selepas beberapa hari, penduduk kampong mula sedar yang batang rumbia mereka tidak boleh mengeluarkan tepung sagu dengan sendiri. Mereka terpaksa belajar membelah batang, menyagat empulur, dan membasuhnya dengan memijak empulur hancur itu melalui tikar dengan kaki mereka. Memang banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tepung dati batang rumbia – dan semuanya kerana seorang budak bodoh yang begitu malas, untuk mengangkat batang kayu, dan menghina pokok yang memberi dia makanan harian!


**Inilah kisah dongeng tentang sagu ni..hihi^^**

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...