iklan

04 December 2011

Karnival Balau Dalat Siri ke-4 2011

Assalammualaikum wbt. . .

Hari ni fiqa nak share tentang Karnival Balau Dalat bagi siri ke-4 tahun 2011 ini.

Karnival ini berlangsung pada 4 Disember 2011 di Tebingan Dalat serta telah dirasmikan oleh YB Datuk Fadillah Yusuf, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Karnival ini diadakan bagi meraikan pengusaha-pengusaha balau yang mengusahakan BALAU ini.Disamping itu, karnival ini juga diadakan untuk mempamerkan kemajuan industri sagu yang dikecapi oleh Sarawak kini.
Karnival ini juga diadakan bertujuan memperkasakan industri sagu selain memberi peluang kepada para pengusaha industri desa mempamer dan memasarkan produk masing-masing sekali gus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil tanaman rumbia.

Antara program yang diadakan ialah pameran dan jualan produk makanan, kraf tangan serta pelbagai pertandingan yang dipertandingkan. Persembahan kebudayaan bagi masyarakat melanau Dalat juga tidak ketinggalan.

YB Datuk Fadillah Yusuf melawat pameran dan gerai


Antara pihak yang membuat persembahan


lawatan ke gerai-gerai

pameran cara2 memotong pohon rumbia kepada beberapa bahagian

menunggu giliran


Tahukah anda BALAU juga dikenali sebagai RUMBIA?

Rumbia mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian kita meskipun peredaran masa telah berubah menjadi semakin maju.

Pada zaman prakemerdekaan dulu, rumbia merupakan tanaman yang digunakan untuk menghasilkan tepung lemantak.
Tapi kini, pengusaha tanaman ini kian giat mempelbagaikan produk hiliran menggunakan tepung lemantak atau sagu yang diproses dari isi pokok rumbia.
Antara produk industri desa berasaskan tepung lemantak ialah bebola sagu, kuih sepit dan tebaloi.
Selain itu, kulit pokok rumbia yang diproses boleh dijadikan bahan untuk membuat perabot seperti kerusi dan meja. Mengikut kajian yang telah dibuat, tepung sagu juaga telah dikomersialkan untuk penghasilan bahan-bahan kosmetik dan farmaseutikal.
Jelasnya, kemajuan industri sagu boleh dinilai dengan kewujudan pelbagai kilang memproses produk makanan itu di daerah Dalat dan Mukah.
Antaranya, kilang memproses biskut dari tepung lemantak yang dikenali sebagai tebaloi di kalangan penduduk tempatan yang terletak di Kampung Tutus Hilir, Mukah dan mampu menghasilkan 156,646 bungkus tebaloi setahun.

Tahukah anda?
Sekerat batang rumbia dijual pada harga RM8 kepada kilang untuk menghasilkan tepung lemantak. Purata sepohon rumbia boleh dikerat kepada 10 bahagian.
Sarawak mempunyai tanaman rumbia dengan keluasan 67,957 hektar dengan 43,426 hektar diusahakan oleh pekebun kecil manakala 24,531 hektar ditanam di estet.


nota conteng : sapa lom pernah makan sagu, kuih sepit dan tebaloi leh la tempah kat fiqa...hahaha^_^ 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...